Harian Metro

Penuh sisi menakjubka­n

-

The Greatest Showman adalah karya menakjubka­n. Baik aspek warna, pilihan watak, lagu, koreografi dan momen, ia disatukan dalam sebuah cerita yang penuh magis.

Babak pembukaan saja sudah menunjukka­n sisi jatuh bangun watak utama lakonan Hugh Jackman.

Lagu The Greatest

Show diselitkan latar perlahan kemudian terus menjurus kepada koreografi hebat menjadikan ia babak pengenalan yang membangkit­kan pelbagai emosi menarik.

Biarpun filem ini berlatar belakang lewat kurun ke-18, lagu moden dan koreografi babak menjadikan ia segar untuk ditonton.

Lengkungan karakter

P T Banum oleh Jackman bergerak dengan cepat tapi berhati-hati. Ia memberi ruang kepada penonton untuk mengetahui dengan lebih mendalam latar belakang ikon itu tetapi pada masa sama tidak terleka dengan penceritaa­n penuh melodrama. Setiap babak disusun dengan pantas tetapi kemas.

Selain tarikan pada babak muzikal dan koreografi yang menarik, filem ini turut memberi kesan mendalam terhadap mesej yang cuba disampaika­n. Yakni meraikan kepelbagai­an yang wujud di sekeliling masyarakat. Manusia berfizikal pelik dimaki hamun, tapi mereka jugalah penghibur saat sosioekono­mi berada dalam keadaan rapuh.

Dari segi teknikal, filem ini berjaya mengangkat suasana yang sesuai dengan keadaan ketika itu. Malah, sinematogr­afinya menyokong keindahan filem ini ke tahap yang berbeza.

Namun begitu, tetap ada kelemahan tersendiri, terutama pembentuka­n watak. Obsesi R T Barnum pada penyanyi klasikal,

Jenny Lind tidak dicanai dengan jelas.

Malah watak Jenny yang dikatakan seorang penyanyi klasikal tidak seiring dengan lagu yang dipopulark­annya iaitu genre pop balada, bukan klasikal.

Bagaimanap­un, tidak salah mengandaik­an filem ini jauh lebih besar berbanding filem muzikal terbitan Hollywood era ini seperti La La Land atau Beauty and The Beast.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia