Harian Metro

Ha janggal lakon fantasi

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Pelakon berusia 39 tahun, Ha Jung-woo mampu membawakan apa saja watak dengan bersahaja.

Daripada watak pemandu teksi dalam filem The Yellow Sea sehinggala­h melakonkan lelaki lembam yang optimis dalam My Dear Enemy, semuanya menjadi dan tidak mengecewak­an.

Awal kemunculan, dia mula mencuri perhatian peminat menerusi filem triler karya Na Hong-jin berjudul The Chaser pada 2008.

Filem itu bukan saja pecah panggung, bahkan turut diundang ke tayangan khas Festival Filem Antarabang­sa Cannes.

Kini, dia kembali dengan filem fantasi aksi, Along With The Gods: The Two World yang bakal ditayangka­n di Malaysia pada 18 Januari depan.

Mengulas mengenai filem itu, Ha akui berasa janggal menjayakan karya yang menggunaka­n teknik imej janaan komputer.

“Saya perlu beraksi dengan pedang yang sebenarnya tidak wujud. Bagaimanap­un saya sedar, kekuatan saya hanya ditonjolka­n secara ‘kasar’ dan lakonan spontan saja.

“Persiapan untuk filem ini dilakukan tanpa henti. Ia jauh berbeza daripada filem yang pernah saya jayakan sebelum ini,” katanya.

Ha menyifatka­n situasi itu seperti mengecat latar dinding di pentas tanpa sebarang warna yang

Rasa pelik beraksi dengan pedang yang tidak

wujud dalam filem

terbaru

wujud dalam minda, lantas sebagai artis, dia terpaksa mewarnakan­nya dengan hitam.

Namun begitu, situasi itu membenarka­n seorang pelakon beraksi di belakang lebih menyerlah.

“Sebab itu saya fikir karakter dalam Along With The Gods sebagai petunjuk bagi watak lain untuk ke depan,” katanya.

Dalam filem itu, Ha memegang watak Gang-rim, malaikat pendamping yang ditugaskan mengiringi roh manusia dilakonkan Cha Tae-hyun melalui beberapa peringkat pengadilan.

Katanya, banyak perkara dipelajari melalui filem yang menelan belanja hampir RM 15 juta itu.

Lebih-lebih lagi, penggambar­an filem itu mengambil masa hampir setahun di dalam tangki air besar, padang luas dan banyak lagi semata-mata bagi mewujudkan dunia selepas kematian.

Siri kedua filem itu juga melalui penggambar­an sama dan dijangka tayanganny­a sebelum penghujung 2018.

Selain itu, Ha menegaskan tidak ada pelakon yang dianggap saingan melainkan dirinya saja.

“Selepas beberapa acara berkaitan filem, saya sangat sibuk. Ia seperti berlari dalam acara perlumbaan Olimpik peringkat akhir.

“Begitupun, saya bersyukur kerana masih mampu mencipta fenomena yang jarang diperoleh sepanjang 14 tahun bergelar pelakon,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia