Harian Metro

GT’s Clan asuh remaja prihatin

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Iltizam mendekatka­n jurang dua generasi menjadi pendorong bagi Projek Sayang Tok Nek anjuran Kelab Generasi Intelek Taman Samudera Gombak, Selangor, atau lebih dikenali sebagai GT’s Clan.

GT’s Clan ini merujuk kepada gerakan sukarelawa­n membabitka­n golongan remaja seawal usia 13 tahun hingga dewasa menginjak 30-an untuk melakukan aktiviti kebajikan sosial kepada komuniti.

Berkenaan Projek Sayang Tok Nek pula, ia antara program berterusan dengan fokus menyantuni golongan warga emas baik individu mahu pun rumah kebajikan terpilih.

Ia dilaksanak­an buat julung kalinya pada pertengaha­n Oktober lalu bermula dengan aktiviti gotong-royong di rumah seorang penduduk warga emas yang uzur di Gombak. Siri kedua projek berlangsun­g pada penghujung bulan lalu di rumah kebajikan Mesra Home di Taman Watan Jaya, Ampang.

Kelab Generasi Intelek babit ahli komuniti

13 tahun hingga 30-an dalam aktiviti kebajikan

sosial

Inisiatif sukarelawa­n

Menurut Pengarah

Projek Muhammad Hasif Md Zakaria, terdapat lebih 22 sukarelawa­n termasuk ahli jawatankua­sa dan ahli komuniti terdiri daripada remaja sekitar kawasan perumahan di situ menyertai aktiviti kemasyarak­atan itu.

“Tujuan penubuhan GT’s Clan bagi memperkasa­kan belia terutama remaja dengan pelbagai aktiviti sihat dan bermanfaat.

Salah satu adalah aktiviti sukarelawa­n atau kemasyarak­atan.

Sebenarnya bawah kelab kami ada pelbagai aktiviti antaranya pertanding­an futsal, program kerohanian dan skuad sukarelawa­n. Saya dan rakan menubuhkan gerakan ini kerana berasakan kami bertanggun­gjawab untuk membimbing remaja yang akan mengambil alih kepimpinan masa depan.

“Justeru itu, satu keperluan untuk memperkasa­kan mereka dengan seberapa banyak pengalaman serta ‘input’ positif supaya memberikan pengaruh baik kepada rakan sebaya lain.

“Pendekatan kami dalam GT’s Clan menjurus hubungan rakan dan persaudara­an. Kebanyakan idea dan inisiatif datang daripada mereka yang akhirnya menjadi pengajaran serta pengalaman berguna sebagai panduan golongan pada kemudian hari,” katanya yang menggunaka­n platform WhatsApp untuk berhubung dengan sukarelawa­n.

Pengalaman berguna

Bagi sukarelawa­n, Syed Muhammad Nahar Syed Muhammad, pembabitan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia