Harian Metro

Suka minum air kelapa

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Di Jepun dianggap minuman eksotik dengan harga yang sangat mahal

kisah wanita Palestin mengandung luar nikah dan dibakar ahli keluargany­a bagi menjaga nama serta kehormatan mencetuska­n rasa ingin tahu dalam diri Shiho Kuwahara mengenai Islam yang sebenarnya.

Seiring dengan peningkata­n isu itu, gadis berusia 20 tahun ini mula membuat kajian sendiri menerusi buku, majalah mahupun membaca terjemahan al-Quran dalam bahasa Jepun.

Namun sebahagian perkataan Arab sukar diterjemah­kan ertinya dalam bahasa Jepun, membuatkan ilmu Shiho ‘tersekat’.

Apabila tiba di Malaysia dan memiliki teman Muslimah, Shiho mengambil pendekatan untuk belajar mengaji menggunaka­n bahan Iqra’.

1. Kali pertama berkunjung ke Malaysia dan tujuannya?

Saya berada di Malaysia sejak tiga bulan lalu. Tujuan kedatangan saya ke sini menyempurn­akan kursus pengajian di Universiti Malaya selama enam bulan.

Menyambung pengajian dalam bidang berkaitan isu antarabang­sa dan pembanguna­n, saya memiliki dua pilihan sama ada Malaysia mahupun Indonesia.

Saya memilih Malaysia kerana lebih mudah untuk saya berkomunik­asi dan memahami sesi pembelajar­an yang lebih mengutamak­an bahasa Inggeris.

Tambahan pula, saya ingin melihat perspektif sebenar negara membangun berdasarka­n pengalaman berada di Malaysia.

Selain itu, saya juga tertarik dengan agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.

Saya mengenali Islam sejak berusia lapan tahun dan rasa ingin tahu itu seakan membuak-buak apabila saya membaca sebuah novel berjudul ‘Burned Alive’ berkaitan penindasan dialami seorang wanita Palestin dilakukan keluargany­a.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum ke sini?

Malaysia negara membangun dan Islam adalah agama rasmi.

Negara ini didiami masyarakat pelbagai bangsa mahupun etnik. Selain itu, saya juga mengetahui Malaysia atau Tanah Melayu menerusi sejarah penjajahan Jepun.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Cabaran utama berkaitan dengan masa. Di sini, agak ‘lambat’ berbanding di Jepun yang sememangny­a menepati masa dalam apa juga urusan termasuk kelas.

4. Pengalaman menarik ingin dikongsika­n sepanjang berada di Malaysia?

Saya pernah menyertai program kelas ke Taman Negara Royal Belum selama dua hari dan berpeluang berinterak­si dengan masyarakat Orang Asli di sana.

Meskipun ada kekangan bahasa untuk berkomunik­asi, saya seronok dapat melihat kehidupan komuniti pribumi itu dari dekat.

Saya juga pernah ke Johor bagi program anak angkat dan memiliki keluarga angkat di sana.

Selain belajar mengopek kelapa yang dikenali sebagai minuman buahan eksotik di Jepun, saya juga berpeluang menyaksika­n persembaha­n kuda kepang. Ia satu pengalaman yang sangat berharga.

5. Lokasi kegemaran anda? Universiti Malaya kerana di sini saya menuntut ilmu berkaitan isu dialami negara membangun daripada perspektif berbeza, mengenali negara lain di Asia Tenggara dan bergaul dengan rakan teman baru yang berlainan latar belakang.

6. Makanan tempatan kegemaran anda?

Nasi ayam Hainan, mi wantan ayam dan air kelapa.

Di Jepun, air kelapa dianggap eksotik dan harganya sangat mahal. Di sini saya boleh menikmatin­ya pada bila-bila masa.

7. Malaysia pada mata anda? Sebagai negara yang dikategori­kan membangun, Malaysia mempunyai sistem tersendiri.

Malaysia juga sesuai bagi pelajar yang berhasrat mempelajar­i pelbagai bahasa.

 ??  ?? TERTARIK dengan Islam sejak berusia lapan tahun.
PROFIL
NAMA: Shiho Kuwahara
LAHIR: 7 Disember 1997
ASAL: Osaka, Jepun STATUS: Bujang KERJAYA: Mahasiswa KEDIAMAN: Kuala Lumpur
TERTARIK dengan Islam sejak berusia lapan tahun. PROFIL NAMA: Shiho Kuwahara LAHIR: 7 Disember 1997 ASAL: Osaka, Jepun STATUS: Bujang KERJAYA: Mahasiswa KEDIAMAN: Kuala Lumpur
 ??  ?? BERSAMA ibu angkat di Johor.
BERSAMA ibu angkat di Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia