Harian Metro

Semua orang

- Hidayatul Akmal Ahmad

Semua orang boleh berjaya, itu kata-kata keramat yang sering disemat dalam fikiran Norain Ngah, 29, yang bertekad mengubah nasib hidupnya bersama suami Mohd Fairul Nizam Abd Rashid, 32.

Asalnya dia hanya seorang suri rumah manakala suaminya hanya peniaga di pasar. Kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, itulah yang dirasai Norain, suami serta empat anak sebelum mereka tekad keluar dari kepompong kemiskinan dan bergelar usahawan produk kesihatan.

Bercerita mengenai sisi ‘gelap’ itu, Norain berkata, dia berasal dari keluarga susah dan hanya berharap kepada pendapatan suami yang ketika itu bergaji rendah.

“Saya tidak pernah merungut malah bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Tetapi berfikir sampai bila harus hidup begini sedangkan saya dan suami punya impian mahu hidup senang seperti orang lain.

“Ketika itulah saya terfikir membuka perniagaan kecantikan dan kesihatan. Saya belajar dan cari ilmu kerana tahu kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurut pengasas Ain Alieya Beauty ini, dia mahu buktikan orang tiada ijazah juga mampu berjaya jika punya azam tinggi serta usaha keras.

“Saya sendiri hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia. Sijil atau ijazah tidak menjanjika­n apaapa jika tiada usaha dan keazaman.

“Kejayaan seseorang tidak boleh diukur dengan segulung ijazah. Bagi saya selagi seseorang punya usaha dan tidak kenal erti putus asa, dia layak untuk berjaya,” katanya.

Norain berkata, selain suami dan anak-anak sebagai pendorong utama, dorongan diterima daripada rakan-rakan yang sudah mencuba dan melihat keberkesan­an produknya membuatkan dia lebih berkeyakin­an mahu mengeluark­an produk sendiri.

“Saya memulakan perniagaan dengan modal RM600 tanpa pinjaman serta bantuan dari manamana pihak.

“Alhamdulil­lah perit jerih saya dan suami berbayar apabila produk kecantikan serta kesihatan buatan kami diterima baik orang ramai.

“Bayangkanl­ah kami tiada kelengkapa­n mesin dan semua herba diadun secara manual. Ramuan pilis, param dan lulur diadun sendiri menggunaka­n resipi tinggalan arwah ibu yang juga bidan kampung.

“Bahan utama digunakan ialah cengkih yang diketahui mempunyai banyak manfaat dalam rawatan tradisiona­l. Ia mengandung­i bahan antioksida­n, antiseptik, antiradang, memberi kehangatan dan melegakan kembung perut,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA suami dan anak-anak.
PROFIL
NAMA: Norain Ngah UMUR: 29 tahun ASAL: Marang, Terengganu PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
JAWATAN: Pemilik Ain Alieya Beauty
BERSAMA suami dan anak-anak. PROFIL NAMA: Norain Ngah UMUR: 29 tahun ASAL: Marang, Terengganu PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) JAWATAN: Pemilik Ain Alieya Beauty
 ??  ?? BERPEGANG kata-kata semua orang boleh berjaya.
BERPEGANG kata-kata semua orang boleh berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia