Harian Metro

Tram diyakini lebih

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Berusia 113 tahun, sistem pengangkut­an klasik, tram di Hong Kong masih lagi beroperasi secara aktif, malah antara pengangkut­an awam popular yang terus digunakan penduduk tempatan dan ternyata ia berjaya menarik perhatian pelancong.

Menyusuri persisiran pantai utara Hong Kong, dari stesen Kennedy Town ke Shau Kei Wan dengan landasan tambahan sepanjang tiga kilometer melalui Happy Valley, tram adalah pilihan terbaik untuk menerokai keunikan Hong Kong daripada perspektif berbeza.

Dalam kunjungan kali kedua ke Hong Kong atas tanggungja­wab kerja, penulis tidak melepaskan peluang untuk mencuba keunikan sistem pengangkut­an awam tertua dan termurah di kota belibelah popular dunia ini.

Hanya bermodalka­n tambang HK$2.30 (kirakira RM1.20) bagi satu perjalanan tak kira jarak perhentian, pengembara bajet tentu tidak melepaskan peluang untuk menyaksika­n kepesatan Hong Kong dengan kos jauh lebih rendah berbanding Mass Rapid Transit (MRT).

Daripada jauh, kenderaan yang ‘berbadan’ langsing ini berjaya menarik mata pengunjung dengan lorekan cat pelbagai warna yang memaparkan iklan di seluruh badannya.

Belum sempat jemu memerhatik­an rentak kehidupan di hentian Percival Street, tram yang menuju ke stesen Pottinger Street sudah tiba kerana ia beroperasi dengan kadar kekerapan yang tinggi.

Berbeza dengan bas, sistem tram menjadikan bahagian belakang sebagai pintu masuk, manakala pintu keluar pula terletak di bahagian hadapan bersebelah­an pemandu, sekali gus memudahkan proses pembayaran tambang ketika turun di stesen yang dituju.

Memiliki landasan sendiri merintangi jalan raya, tram dua tingkat ini masih mengekalka­n ciri tradisiona­l termasuk saiz tingkap besar, ruang tempat duduk terhad di tingkat bawah dan tanpa fasiliti pendingin hawa.

Sebaik menaiki tram berwarna hijau gelap, pantas kaki memanjat tangga sempit menuju ke tingkat atas untuk menyaksika­n keunikan struktur binaan dan kesibukan masyarakat tempatan dengan aktiviti harian mereka lebih jelas.

Meskipun mengekalka­n kerusi sandar berasaskan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia