Harian Metro

Gaya agresif

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Menawarkan gaya tunggangan seperti seorang pelumba profesiona­l di atas jentera buatan Itali bagi kegunaan harian atau hujung minggu, sportsbike premium Ducati SuperSport serba baru antara model yang sesuai untuk pelbagai tujuan.

Bukan sekadar melayan selekoh, posisi menunggang yang selesa dengan berat sekitar 184 kilogram (kg) menjadikan ia mudah dikendalik­an dan responsif.

Dilancarka­n baru-baru ini oleh Next Bike Sdn Bhd, pengedar utama motosikal jenama Ducati di Malaysia dengan dua varian iaitu SuperSport dan SuperSport S untuk pasaran tempatan.

Timbalan Presiden II Next Bike Fazli Hisham berkata, model itu menawarkan lebih banyak pilihan model Ducati kepada pembeli di Malaysia terutama yang mahukan sebuah motosikal eksklusif untuk kegunaan harian dengan gaya sporty.

“Rekaan daripada kerangka Trelis kompak yang ringan juga posisi menunggang selesa untuk laluan dalam bandar, lebuh raya dan kawasan berselekoh serta tangki bahan api 16 liter berkeupaya­an bagi perjalanan jauh menjadikan model ini lebih praktikal untuk pelbagai tujuan,” katanya ketika majlis pelancaran.

Dikuasakan dengan enjin 937cc Testastret­ta silinder berkembar-L yang juga dipasang pada model Multistrad­a 950 dan Hypermotar­d, ia ditala mengikut kesesuaian model yang menjana kuasa kuda 113hp pada 9,000rpm serta tork 96.7Nm pada 6,500rpm mampu mencapai kelajuan sehingga 230 kilometer/ sejam (km/j).

Dilengkapi dengan tiga mod tunggangan iaitu Sport, Touring dan Urban, kawalan motosikal ini sesuai untuk individu bertaraf pertengaha­n atau yang berpengala­man dalam kemahiran menunggang motosikal.

Ciri keselamata­n terbaik disediakan seperti Ducati Safety Pack dengan brek anti-kunci (ABS) Bosch dan Kawalan Cengkaman Ducati, lampu hadapan dengan nyalaan siang (DRL) serta sistem brek hadapan daripada Brembo.

Rekaan rim bentuk Y tiga jejari bersaiz 17 inci dengan lengan ayun tunggal aluminium untuk

Ducati SuperSport serba baru untuk gaya

pelumba

kejurutera­an kawalan terbaik termasuk monoshock Sachs boleh laras bagi kestabilan lebih mantap.

Untuk SuperSport S ia didatangka­n dengan suspensi penuh Ohlins boleh laras, shift up/down khusus dan pelindung tempat duduk belakang boleh ditanggalk­an untuk tampil lebih sporty.

Harga jualan asas bermula daripada RM80,899 untuk SuperSport dan RM88,899 bagi SuperSport S dengan dua tahun waranti tanpa had perbatuan dan kini sudah boleh ditempah di semua wakil pengedar Ducati di seluruh negara.

 ??  ?? 1. SUPERSPORT S dengan suspensi penuh Ohlins.
2. BREK cakera
Brembo.
3. LENGAN ayun tunggal dan rim sport bergaya.
4. FAZLI (dua dari
kiri).
5. PAPARAN meter digital LCD penuh.
1. SUPERSPORT S dengan suspensi penuh Ohlins. 2. BREK cakera Brembo. 3. LENGAN ayun tunggal dan rim sport bergaya. 4. FAZLI (dua dari kiri). 5. PAPARAN meter digital LCD penuh.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia