Harian Metro

Rim tidak sesuai

-

ada menukar rim tayar standard kereta saya kepada rim sport.

Tapi selepas itu, saya mendapati kereta tidak boleh dipandu melebihi 120 kilometer sejam (km/j) kerana stereng bergegar agak teruk, tidak seperti sebelumnya.

Saya sudah membawa kereta ke kedai tayar sebanyak tiga kali untuk pemeriksaa­n dan imbangan semula tetapi masalah tetap tidak selesai. Apakah masalahnya?.

Ismadi Ishak, Alor Gajah, Melaka.

sebab gegaran tayar yang lazim adalah ketidaksei­mbangan berat pada unit tayar secara keseluruha­n. Ini termasukla­h rim dan tayar itu sendiri.

Rim yang bengkok atau tayar dipasang senget menyebabka­n gegaran dan selalunya dapat dikesan apabila kita melakukan imbangan tayar secara memusingny­a pada alat imbangan.

Namun begitu, jika imbangan luaran sekata dan anda masih menghadapi masalah gegaran stereng, eloklah dibuat imbangan dengan tayar terpasang ataupun ‘on-wheel balancing’.

Gegaran ini boleh terjadi atas beberapa sebab seperti pemasangan rim tidak betul atau lubang skru kurang tepat.

Imbangan atas roda dapat mengesan gegaran dialami pada kelajuan tertentu kerana mesin imbangan ini mampu memusing roda mengikut kelajuan dinginkan.

Selain itu, gegaran kemungkina­n berlaku akibat anjakan atau offset yang tidak sesuai bagi kereta anda dan harus difahami bahawa bukan semua rim boleh dipakai walaupun saiz serta lubang skrunya sama.

 ??  ?? ILLUSTRASI sistem gear DSG
ILLUSTRASI sistem gear DSG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia