Harian Metro

YAMAHA DRAGSTAR GAYA HD

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi metahad@hmetro.com.my

Kacukan pelbagai komponen binaan khas Harley-Davidson mengubah rupa bentuk motosikal Yamaha Dragstar

650 dengan gaya tersendiri.

Diberi gelaran gaya Cholo Lowrider Style atau Chicano Style, motosikal ‘santai’ ini ternyata tampak rendah dan cukup bergaya.

Keistimewa­an jentera binaan tahun 2000 milik Muhammad Zaki Azuddin,39, dari Perak ini adalah penggunaan komponen binaan khas untuk Harley-Davidson.

Hanya mengekalka­n kerangka, tangki dan enjin asal, jentera ini mula dipadankan dengan rim Harley-Davidson bersaiz 21 inci pada roda depan, manakala rim 16 inci pada bahagian belakang.

Menaikkan lagi imej rim ini, dipadankan tayar White Wall Shinko pada bahagian hadapan dan White Wall Bridgstone membaluti roda belakang.

Mudguard binaan khas yang tampak sama seperti model Harley-Davidson Softail atau Fatboy Cholo Style digunakan.

Bahagian lampu hadapan bersaiz diameter tujuh inci digunakan dan lebih menarik, perumah lampu asal daripada model Road King.

Lampu belakang pula menggunaka­n lampu kustom aksesori jenis grill dan bar pemegang Custom APE Hanger Style berketingg­ian 16 inci.

Imej dan gaya jentera lebih menyerlah serta tampil garang apabila dipadankan dengan ekzos binaan khas yang menghambur­kan ngauman cukup memukau.

Ditanya mengenai idea rekaan, pemilik jentera mengakui hasil kreativiti sendiri dan mengambil masa kurang sebulan untuk disiapkan dengan kos RM7,000.

 ??  ?? TAMPAK bergaya dengan konsep Cholo Lowrider Style.
SPESIFIKAS­I
Yamaha Dragstar 650 Tahun 2000
Enjin: asal 650 cc
Rim: Harley-Davidson saiz 21 (hadapan) dan 16 inci (belakang) Tayar :White Wall Shinko (hadapan) dan White Wall Bridgstone (belakang)
Mudguard: binaan khas Harley-Davidson Softail atau Fatboy Cholo Style
Lampu hadapan: tujuh inci
Perumah lampu hadapan: binaan khas daripada HarleyDavi­dson Road King Bar pemanduan Ape
TAMPAK bergaya dengan konsep Cholo Lowrider Style. SPESIFIKAS­I Yamaha Dragstar 650 Tahun 2000 Enjin: asal 650 cc Rim: Harley-Davidson saiz 21 (hadapan) dan 16 inci (belakang) Tayar :White Wall Shinko (hadapan) dan White Wall Bridgstone (belakang) Mudguard: binaan khas Harley-Davidson Softail atau Fatboy Cholo Style Lampu hadapan: tujuh inci Perumah lampu hadapan: binaan khas daripada HarleyDavi­dson Road King Bar pemanduan Ape
 ??  ?? YAMAHA Dragstar 650 sarat komponen Harley-Davidson. Hanger Style Ekzos binaan khas Kos Modifikasi RM7,000
YAMAHA Dragstar 650 sarat komponen Harley-Davidson. Hanger Style Ekzos binaan khas Kos Modifikasi RM7,000
 ??  ?? LAMPU dan perumah daripada Harley-Davidson.
LAMPU dan perumah daripada Harley-Davidson.
 ??  ?? METER kelajuan asal.
METER kelajuan asal.
 ??  ?? MUDGUARD binaan khas HD Softail.
MUDGUARD binaan khas HD Softail.
 ??  ?? EKZOS binaan khas.
EKZOS binaan khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia