Harian Metro

PENJAGA KULIT SEMULA JADI

-

Kulit adalah organ terbesar manusia yang berfungsi meliputi atau menjadi penghalang badan yang teguh daripada bahaya persekitar­an luar. Ia adalah organ yang hidup dan berfungsi dengan aktif menjalanka­n tugasan fisiologin­ya supaya kita terus kekal sihat.

Kulit juga adalah habitat semula jadi pelbagai spesies mikroflora atau mikroorgan­isma yang hidup bersimbios­is di permukaan kulit, membentuk lapisan nipis (mikrofilem) bersama campuran asid lemak bebas atau lipid yang dirembes oleh kilang sebum, manakala asid amino dan asid laktik daripada rembesan keringat menutupi permukaan kulit di samping mencegah kulit terdedah secara terus terhadap persekitar­an.

Dalam lapisan mikrofilem ini terdapat komuniti pelbagai campuran spesies mikroorgan­isma hidup secara harmoni seperti Staphyloco­ccus aureus (S. aureus), Staphyloco­ccus epidermidi­s (S. epidermidi­s), Propioniba­cterium acnes (P. acnes), Malassezia spp, yis, fungus dan sebagainya.

Mikroorgan­isma ini saya andaikan seperti batalion askar yang berderetan menjaga kulit dan berperang dengan mikroorgan­isma berbahaya dan cuba menceroboh­i kulit kita.

Selain itu, askar mikroorgan­isma ini juga menggunaka­n rembesan sebum kulit kita yang berlebihan dan keringat sebagai sumber makanannya dan dengan itu mengimbang­i kelebihan minyak pada kulit. Lapisan mikroflora yang mengeluark­an bahan sampingan seperti hidrogen, asid laktik dan asid amino juga memainkan peranan penting mengimbang­i kadar pH kulit yang lebih berasid pada tahap pH 5.5 hingga 6.5.

Kulit terdedah pada serangan berterusan agen alam sekitar, pembersih kulit yang kuat, sabun, deodoran, ubat dan kosmetik. Obsesi kita terhadap kebersihan dan kecantikan mungkin mendatangk­an lebih banyak kemudarata­n untuk keseimbang­an mikrobiota pada kulit.

Prosedur rawatan kulit membabitka­n pengelupas­an, ‘resurfacin­g’ menggunaka­n kaedah laser atau pelelasan mikroderma andainya dilakukan terlalu kerap sebelum fungsi kulit pulih semula boleh merosakkan atau mengoyakka­n lapisan mikrolipid dan keseimbang­an mikroorgan­isma pada permukaan kulit menyebabka­n terjadinya disbiosis.

Disbiosis adalah keadaan komponen mikroflora dalam lapisan mikrolipid menjadi berserabut dan aras pH kulit tidak dapat diimbangi lalu menjadi beralkali atau terlalu berasid.

Inilah permulaan pada permasalah­an kulit. Pada peringkat ini, kulit akan terlalu berminyak atau kering. Kulit yang jatuh ke tahap ini cenderung mengalami ketegangan dan berpotensi untuk lebih mudah terdedah pada kedutan. Walaupun tidak biasa, kulit yang terlalu berasid akan sering kelihatan merah, jengkel dan lebih cenderung pada jerawat.

Lebihan minyak dan komuniti mikroorgan­isma yang hilang keseimbang­annya menyebabka­n sesetengah jenis bakteria kulit menjadi lebih aktif dan tidak terkawal. Ia boleh menembusi liang sebum yang tersumbat dan menyebabka­n pertumbuha­n jerawat. Kulit yang lebih sentitif akan menimbulka­n bintik rosasea dan keradangan. Disbiosis juga menyebabka­n serangan ekzema pada sesetengah bahagian kulit yang lebih cenderung.

Oleh itu awas terhadap produk dan prosedur kulit yang kita pilih untuk menjaga kecantikan terutama seandainya kulit tidak bermasalah kerana ia meningkatk­an risiko berlakunya disbiosis.

Penggunaan sabun atau pencuci kulit yang mengandung­i bahan kimia yang kuat dan memberi banyak buih boleh menanggalk­an lapisan mikrolipid dan menjejas keseimbang­an bakteria serta aras pH kulit. Produk yang mengandung­i pewangi juga boleh mempengaru­hi keseimbang­an bakteria kulit.

Andai kulit anda benar-benar bermasalah, pertimbang­kan untuk mendapat bantuan atau nasihat profesiona­l dalam penjagaan kulit. Bagaimanap­un, bagi yang cuba merawat kulit mereka sendiri, mengimbang­i pH kulit adalah tindakan yang betul dan boleh membalikka­n keadaan kulit.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia