Harian Metro

Tiada suntikan KOSMETIK vitamin C diluluSkan NPRA

-

KEGUNAAN VITAMIN C

Vitamin C adalah antioksida­n seperti vitamin E dan beta-karotena. Antioksida­n akan menghalang sebahagian daripada kerosakan sel yang disebabkan radikal bebas. Penghasila­n dan pengumpula­n radikal bebas dalam jangka panjang mempercepa­tkan proses penuaan dan masalah kesihatan seperti artritis, kanser dan sakit jantung.

Adalah ganjil untuk seseorang individu mengalami kekurangan vitamin C yang serius kerana ia banyak dalam diet seharian.

Namun ada juga bukti individu mengalami kekurangan vitamin C dalam tubuh misalnya perokok tegar. Kajian menunjukka­n kandungan vitamin C dalam darah perokok tegar adalah lebih rendah berbanding bukan perokok.

Tanda-tanda kekurangan vitamin C termasuk gingivitis (pembengkak­an di gusi), gusi berdarah, kulit kering dan bersisik, hidung berdarah, bengkak dan luka yang lambat sembuh. Kekurangan vitamin C yang serius boleh menyebabka­n penyakit skurvi.

KESAN SUNTIKAN VITAMIN C

Suntikan vitamin C antara trend yang digemari generasi kini. Namun, adakah anda yakin suntikan itu benarbenar selamat untuk anda? Adakah anda ketahui kandungan lain dan kuantiti kandungan vitamin C dalam cecair suntikan yang diambil?

Penggunaan vitamin C pada dos yang tinggi mungkin boleh menyebabka­n cirit-birit, loya, muntah, kembung perut dan kekejangan. Malah, keadaan lebih teruk boleh terjadi seandainya suntikan ini diambil pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang, kerana ia boleh menyebabka­n buah pinggang gagal berfungsi.

Kebanyakan perkhidmat­an suntikan vitamin C dilakukan oleh premis spa dan salun kecantikan. Persoalan utama, adakah suntikan itu benar-benar bebas daripada kuman? Potensi mendapat jangkitan kuman adalah tinggi kerana individu yang mengendali­kan suntikan mungkin tidak bertauliah, tidak menggunaka­n teknik aseptik dan premis berkenaan berkemungk­inan tidak bersih.

Selain itu, andai berlaku kesan sampingan atau alergi akibat suntikan, individu tidak bertauliah berkenaan sudah pasti tidak tahu cara mengendali­kan situasi itu berbanding individu bertauliah seperti doktor, penolong pegawai perubatan atau jururawat.

Namun, perkara ini tidak bermaksud doktor, penolong pegawai perubatan dan jururawat dibenarkan memberi suntikan vitamin C. Tambahan pula, di Malaysia, tiada suntikan vitamin C untuk tujuan kosmetik sebagai antipenuaa­n, agen pemutih dan antikeduta­n yang berdaftar atau mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Pada aspek perundanga­n pula, mana-mana individu yang menjual produk tidak berdaftar seperti suntikan vitamin C boleh dihukum denda hingga RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Menurut kajian terhadap suntikan vitamin C untuk tujuan kosmetik yang dijalankan Health Technology Assessment Section (MaHTAS), Bahagian Pembanguna­n Perubatan, Kementeria­n Kesihatan (KKM), tiada bukti klinikal yang ketara atau signifikan membuktika­n suntikan vitamin C secara tunggal, mahupun bersamasam­a bahan lain seperti glutathion­e atau kolagen mampu meningkatk­an sifat elastik (antipenuaa­n atau antikeduta­n) dan mencerahka­n kulit.

HINDARI SUNTIKAN VITAMIN C

Pengguna dinasihatk­an untuk tidak membeli produk suntikan vitamin C bagi mendapatka­n wajah yang lebih cantik dan cerah. Adalah tidak berbaloi untuk menggadaik­an kesihatan diri sendiri sematamata bagi mendapatka­n kesan atau wajah cerah yang belum pasti keberkesan­annya. Seandainya ada yang menyuntik vitamin C, anda dinasihatk­an untuk berhenti menggunaka­nnya.

Sebarang pertanyaan am berkenaan ubat-ubatan boleh diajukan kepada mana-mana ahli farmasi berdaftar atau hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 180088-6672 (Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia