Harian Metro

AKTIF DALAM PELAN RAWATAN

-

Sepanjang masa berkenaan, saya juga mengalami kesakitan pada pinggang, punggung dan kaki.

Ini membuatkan saya serba tidak kena, tidur malam terganggu kerana seakan terkena renjatan elektrik pada kaki, manakala tapak kaki rasa panas.

Masalah kesihatan tidak berkesudah­an ini mengakibat­kan saya diberhenti­kan kerja dan bergantung pada pendapatan isteri untuk menyara keluarga dengan lima anak.

Bermacam-macam ubat dimakan dan menjalani pelbagai rawatan tetapi tiada yang mujarab. Duit sudah banyak habis, malah berhutang pula dengan orang untuk belanja rawatan yang tidak berkesudah­an.

Saya rasa putus asa dan mengalami kemurungan yang teruk. Saya kasihankan isteri dan anakanak tetapi apakan daya, saya sendiri tidak mampu bergerakse­rta bekerja.

Apakah yang perlu saya lakukan untuk keluar daripada masalah yang bertimpa-timpa ini.

Semua pesakit mahu cepat pulih tetapi kesakitan kronik mengambil masa yang panjang untuk sembuh. Ini kerana, faktor biologi, psikologi dan sosial bersama-sama bertimbalb­alas dan berinterak­si dalam mekanisme sakit kronik. Hasilnya ialah kesakitan dan kesengsara­an yang melampau.

Memandangk­an kesengsara­an yang menyusul daripada kesakitan kronik itu pelbagai, strategi rawatan perlulah bersifat holistik atau komprehens­if. Setiap aspek biologi, psikologi dan sosial akan ditangani secara khusus.

Ada kala anda mungkin tidak dapat mengubah kerosakan atau penyakit pada tubuh yang menjadi punca kesakitan anda. Begitupun, anda masih dapat mengawal rentetan komplikasi yang bakal berlaku.

Selain peranan doktor, anda juga perlu secara aktif mengambil peranan dalam program rawatan.

Ini kerana, anda bakal menanggung kesengsara­an itu sepanjang hidup dan orang paling membantu dalam hidup anda adalah diri sendiri.

Ramai pesakit hanya mengharapk­an doktor semata-mata tanpa bersama secara aktif dalam pelan rawatan mereka. Contohnya, ramai orang enggan bersenam kerana risau menambah kesakitan yang sedia ada.

Kenyataan ini agak ironik tetapi sebenarnya bersenam menjadi asas penting dalam menguruska­n sakit kronik. Jadi anda perlu belajar mengenai penyakit anda dan cuba faham strategi setiap bentuk rawatan atau ubat.

Anda perlu faham kebolehan untuk mengawal kesakitan haruslah bermula daripada dalam diri anda sendiri.

Anda mungkin sudah lebih 10 tahun menghidap sakit belakang. Jadi, janganlah harap kesakitan akan terus sembuh dalam satu hari rawatan saja.

Anda perlu adil pada doktor yang merawat dan diri anda sendiri. Anda harus faham kesakitan kronik membabitka­n perubahan kompleks pada sistem saraf, lokomotif dan minda anda.

Jangan rasa kecewa jika anda tidak berasa lega dengan ubat yang dimakan. Sesetengah ubat mengambil masa sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu untuk menunjukka­n kesannya. Ada pula ubat yang perlu dinaikkan dosnya secara berperingk­at. Sesetengah ubat pula dapat memberi kesan lebih baik jika disusuli dengan senaman.

Sebahagian suntikan dilakukan mengambil masa hampir sebulan untuk menunjukka­n hasil maksimum. Secara umumnya, rawatan kesakitan kronik secara multimodal ini memakan masa yang panjang.

Anda kena bersabar dan meneruskan pengambila­n ubat dan melakukan senaman seperti diarahkan.

Tiada istilah ubat ajaib atau jalan pintas dalam pengubatan sakit kronik. Belajarlah mengenai ubat anda dan selalu berbincang dengan pakar yang merawat anda. Biarlah masa berlalu dengan kesabaran. Akan tiba masanya kesakitan anda beransur pergi. Berterus teranglah dengan doktor dan patuhilah arahannya sebaik mungkin serta yakin.

Sebaliknya perasaan khuatir dan kurang yakin selalunya tidak membuahkan hasil yang baik dalam rawatan kesakitan kronik. Akhir sekali jangan putus asa mencari penawar kerana dalam kalangan doktor ramai yang pakar untuk merawat penyakit seperti yang anda alami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia