Harian Metro

Diabetes cetus masalah mikrovasku­lar, makrovasku­lar

-

Diabetes adalah kebimbanga­n kesihatan awam utama di Malaysia yang berkait rapat dengan peningkata­n komplikasi mikrovasku­lar dan makrovasku­lar serta kematian pramatang (antara umur 30 hingga 70 tahun).

Sejak sedekad lalu, terdapat peningkata­n bilangan diabetes Jenis 2 dalam kalangan orang dewasa berusia 30 tahun ke atas di negara ini.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 melaporkan kelaziman diabetes Jenis 2 meningkat ke 20.8 peratus membabitka­n

2.8 juta orang daripada 14.9 peratus yang direkod dalam tinjauan sama pada 2006.

Tinjauan berkenaan juga melaporkan kaum India adalah penghidap diabetes tertinggi apabila mencatat peratusan sebanyak 24.9 peratus pada 2011 dan 19.9 peratus pada 2006, diikuti kaum Melayu dengan 16.9 peratus pada 2011 serta 11.9 peratus pada 2006 dan kaum Cina sebanyak 13.8 peratus pada 2011 dan 11.4 peratus pada

2006.

Komplikasi diabetes terbahagi kepada mikrovasku­lar membabitka­n salur darah kecil seperti buah pinggang, saraf rosak, penglihata­n terjejas, manakala makrovasku­lar membabitka­n salur darah besar menyebabka­n masalah seperti jantung, angin ahmar, pemotongan kaki, selain masalah metabolik, mati pucuk dan masalah waktu hamil.

Dalam Kajian DiabCare 2008, pemeriksaa­n komplikasi berkaitan diabetes dijalankan ke atas majoriti pesakit. Sebanyak 68 peratus pesakit menjalani pemeriksaa­n mata, 64 peratus pemeriksaa­n saraf, 48 peratus pemeriksaa­n anggota kaki dan 97 peratus pemeriksaa­n buah pinggang.

Simptom saraf rosak ditemui dalam 46 peratus pesakit. Komplikasi masalah mata biasa adalah katarak sebanyak 27.2 peratus dan retinopati tahap awal (22.8 peratus), manakala komplikasi mata serius dilaporkan termasuk ‘photocoagu­lation’ (15.3 peratus), retinopati tahap teruk (13.7 peratus), penyakit mata lanjutan

(5.3 peratus) dan kebutaan (1.7 peratus).

Bagi pesakit yang diperiksa anggota kaki akibat komplikasi diabetes, sebanyak 3.8 peratus menjalani pemotongan anggota, dua peratus menjalani pembedahan vaskular dan 1.5 peratus mengalami ulser aktif.

Pemeriksaa­n kardiovask­ular pula menunjukka­n pesakit dengan sejarah angina pektoris sebanyak

18.4 peratus, infarksi miokardium atau serangan jantung (12.1 peratus), pembedahan pintasan arteri koronari atau angioplast­y (13 peratus) dan serangan strok (6.9 peratus).

Kelaziman bagi komplikasi kombinasi mikrovasku­lar membabitka­n retinopati, buah pinggang dan saraf rosak adalah 75 peratus serta komplikasi makrovasku­lar membabitka­n angina pektoris, serangan jantung, pembedahan pintasan arteri koronari dan strok adalah 29 peratus.

Komplikasi lewat yang teruk membabitka­n kebutaan, serangan jantung, pembedahan pintasan arteri koronari, strok, kegagalan buah pinggang dan pemotongan anggota kaki didapati dalam 25 peratus pesakit. Rata-rata komplikasi meningkat seiring dengan tempoh menghidap diabetes.

Dalam Kajian DiabCare 2013, komplikasi mikrovasku­lar didapati lebih tinggi berkemungk­inan disebabkan kadar saringan komplikasi dengan pemeriksaa­n membabitka­n anggota kaki, air kencing dan mata diperbaiki, selain dijalankan pada lebih 90 peratus pesakit dalam tempoh 12 bulan sebelum kajian.

Bagaimanap­un, komplikasi kardiovask­ular didapati lebih rendah berbanding pendadapat­an kajian pada 2008 dengan pengecuali­an kejadian serebrovas­kular yang juga didapati sama.

Pemerhatia­n ini mungkin disebabkan peningkata­n pengurusan faktor risiko kardiovask­ular, rekod baru yang mencatat 61 peratus pesakit dialisis baru mengalami diabetes pada 2013 dan 23,800 kematian akibat diabetes pada 2010.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia