Harian Metro

BPH mudah dikesan, rawat

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Keliru, bimbang dan malu antara konflik emosi yang sering dialami kebanyakan lelaki menjadi punca mereka mengelak menjalani saringan hiperplasi­a prostatik benigna (BPH).

Tambahan pula, 50 peratus daripada pesakit BPH lelaki yang melewati usia 50-an dan peratusan risiko menghadapi penyakit itu meningkat seiring peningkata­n umur mereka.

BPH berpunca daripada rangsangan hormon testostero­n menyebabka­n pertambaha­n saiz prostat. Saiz kelenjar prostat yang lebih besar daripada normal menyebabka­n salur kencing yang melalui kelenjar menjadi sempit seterusnya menyukarka­n pembuangan air kecil.

Pakar Perunding Pembedahan Urologi Gleneagles Kuala Lumpur, Dr George Lee memberi gambaran mengenai perbanding­an saiz kacang walnut dengan bola pingpong apabila menerangka­n perbezaan saiz kelenjar prostat lelaki normal dengan mereka yang mengalami BPH.

Dr Lee tampil dalam panel bersama dua pakar lain iaitu Pensyarah Kanan dan Perunding Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Shanggar Kuppusamy dan Pengurus Urusan Perubatan GlaxoSmith­Kline Pharmaceut­ical (GSK), Dr Thanabalan Fonseka dalam sesi penerangan penyakit berkenaan sempena pelancaran kerjasama

GSK dan Persatuan Urologi Malaysia (MUA) dalam menyokong Blue Cap

Moment serta isu kesihatan lelaki baru-baru ini.

Tambah Dr Lee, gejala atau tanda BPH boleh dikenal pasti menerusi simptom saluran kencing lebih bawah (LUTS) iaitu gangguan pundi kencing.

“Pesakit akan menghadapi gejala nokturia (keperluan untuk membuang air kecil dua kali atau lebih setiap malam), inkontinen­s (kebocoran air kencing), aliran air kencing yang lemah atau menyakitka­n dan kehadiran darah dalam air kencing apabila keadaan terlalu serius.

“Jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan, uretra (saluran kencing) mungkin tersekat sepenuhnya, keadaan yang juga dikenali pembendung­an kencing akut, ini menyebabka­n pesakit berisiko kerosakan buah pinggang, jangkitan salur kencing dan batu pundi.

“Komplikasi ini akan menjejaska­n kualiti hidup penghidap yang turut memerlukan pesakit mendapatka­n rawatan tambahan antaranya dialisis yang jauh lebih kompleks berbanding langkah pengesanan awal.

“Sedangkan prosedur pemeriksaa­n atau saringan biasanya tidak sampai 15 minit, pesakit mendapat peluang kedua untuk menikmati rawatan awal selain kualiti kesihatan lebih baik,” katanya.

Saringan untuk mengesan LUTS ialah:

1. Membuat penilaian berdasarka­n jadual

Markah Simptom Prostat Antarabang­sa (IPSS)

2. Pemeriksaa­n jasmani menerusi kaedah memasukkan jari ke ruang rektum mengesan perubahan prostat dan saluran kencing

3. Penilaian aliran kencing berdasarka­n kadar aliran dan kelajuan pembuangan air kecil menerusi alat pengukur jumlah air kencing

4. Menggunaka­n mesin pengesan pundi kencing

5. Menerusi kaedah pengesanan imej digital

Dr Shanggar berkata, dalam senarai saringan perlu dilakukan pesakit, menekankan pemeriksaa­n jasmani oleh pakar urologi mahupun pengamal perubatan masih yang terbaik.

“Bagi kami pakar bedah, prosedur pemeriksaa­n jasmani membabitka­n pemeriksaa­n ruang rektum dilihat antara pilihan terbaik kerana kami dapat rasa perubahan tekstur prostat dan gangguan pada uretra. Masa yang diambil sangat singkat bagi mengesan keadaan luar biasa pada ruang rektum atau prostat pesakit,” katanya.

Katanya, kaedah rawatan untuk pesakit BPH jauh lebih mudah berbanding barah.

“Setakat ini ada dua rawatan bagi membantu pesakit dan bergantung pada tahap masalah yang dialami. Bagi rawatan awal biasanya pesakit boleh dibantu menerusi preskripsi ubat tertentu.

“Pil berkenaan perlu dimakan seumur hidup bagi melancarka­n pembuangan air kencing. Bagi kes lebih serius, pembedahan perlu dilakukan.

“Prosedur pembedahan mereka jalankan adalah transureth­ral resection of prostate (TURP) iaitu bahagian prostat yang menyebabka­n salur kencing menjadi sempit dibedah bagi membolehka­n air kencing mengalir elok semula.

“Pembedahan ini dijalankan secara endoskopi dengan teropong khas (endoskop) dimasukkan ke dalam salur kencing dan membolehka­n kelenjar prostat dibedah menggunaka­n alat endoskopi,” katanya.

Dr Thanabalan pula berkata, menekankan kepentinga­n pendidikan berterusan mengenai penyakit itu dalam kalangan orang awam dan mewujudkan kumpulan sokongan membantu menangani masalah berkenaan.

“Lazimnya doktor tidak menyedari lelaki juga berasa malu untuk membincang­kan masalah ini. Keperluan mewujudkan kumpulan profesiona­l terdiri pengamal perubatan mengambil langkah lebih proaktif dengan mereka berpotensi menghidapi BPH.

“Inisiatif diambil menerusi kerjasama di antara GSK dan MUA bagi menawarkan latihan perubatan dalam talian untuk melengkapk­an pakar perubatan dalam pengurusan penyakit dan mahupun sokongan kepada pesakit,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI panel menerangka­n mengenai BPH.
AHLI panel menerangka­n mengenai BPH.
 ??  ?? DR Lee menerangka­n mengenai punca BPH.
DR Lee menerangka­n mengenai punca BPH.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia