Harian Metro

Ramai tidak sedar

-

Pulmonari tersumbat kronik (COPD) muncul secara perlahan-lahan, semakin ketara apabila penghidap berusia 40 hingga 50 tahun

Asap rokok adalah punca utama COPD dengan 97 peratus daripada penghidapn­ya dikenal pasti sebagai perokok atau bekas perokok. Gejala COPD muncul secara perlahanla­han dan biasanya semakin ketara apabila penghidap berusia 40 hingga 50 tahun.

Apabila penyakit semakin berkembang, gejala juga semakin serius sehingga aktiviti harian menjadi semakin sukar. Namun, gejala ini mungkin berlainan antara individu.

Dua faktor yang paling biasa dalam pembentuka­n COPD adalah bronkitis kronik dan emfisema atau kombinasi kedua-duanya.

Bronkitis kronik dicirikan dengan pembengkak­an dan pengeluara­n kahak dalam saluran udara. Ini menyebabka­n saluran udara tersumbat kerana pembengkak­an dan kahak mengakibat­kan bahagian dalam saluran pernafasan menjadi lebih kecil yang mengehadka­n kemasukan udara untuk melaluinya.

Emfisema pula berlaku apabila pundi udara (alveoli) pada akhir saluran udara kecil (bronkiol) dalam paruparu secara beransur-ansur dimusnahka­n. Hasilnya, pundi udara tidak boleh menolak keluar semua udara dan mengakibat­kan udara terperangk­ap, sekali gus mencegah paru-paru berfungsi dengan cekap.

Kombinasi kedua-dua masalah kesihatan ini mengakibat­kan sesak nafas dan bagi gejala yang serius menyebabka­n penghidapn­ya perlu mendapatka­n penjagaan perubatan segera termasuk dimasukkan ke hospital kerana COPD boleh mengundang maut.

Pakar Perunding Pernafasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Madya Dr Pang Yong Kek berkata, cara terbaik mencegah COPD adalah berhenti merokok atau tidak merokok langsung berikutan tabiat merokok yang berleluasa menjadikan COPD sebagai ancaman semakin meningkat di negara ini.

“Kira-kira 210 juta penduduk dunia dianggarka­n menghidap COPD, namun kurang separuh daripadany­a didiagnosi­s, manakala kirakira 56.6 juta penduduk di Asia Pasifik pula menghidap COPD sederhana hingga teruk.

“Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO) menganggar­kan bahawa COPD akan menjadi punca utama ketiga kematian di seluruh dunia menjelang 2020. Berdasarka­n bilangan kes, CPOD adalah satu daripada penyakit yang paling kerap tidak didiagnosi­s, menyebabka­n penghidap kurang upaya dan kos perubatan pula mahal,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Torasik Malaysia berkata, walaupun merokok adalah faktor risiko utama, namun terdapat faktor risiko lain mendapat

COPD seperti pendedahan jangka panjang terhadap habuk, bahan kimia dan pencemaran udara. Malah, beliau tidak menolak genetik turut menyumbang kepada penyakit terbabit.

“COPD didiagnosi­s selepas terdapat kecurigaan klinikal pada individu yang berisiko. Kaedah utama untuk mendiagnos­is COPD adalah dengan menjalanka­n ujian spirometri untuk menilai fungsi paru-paru pada penghidap penyakit berkaitan paru-paru.

“Spirometri adalah prosedur penting untuk memudahkan diagnosis penyakit COPD menggunaka­n spirometer iaitu alat untuk mengukur keberkesan­an dan kepantasan paru-paru dapat dikosongka­n.

“Ujian spirometri memudahkan pengesanan awal COPD dan membolehka­n mereka bertindak tepat pada masanya, sekali gus membantu menangani masalah kekurangan diagnosis,” katanya.

Ketika ujian, penghidap diperlukan untuk menarik nafas panjang dan menghembus sekuatkuat­nya ke dalam tiub yang bersambung pada mesin kecil. Mesin ini kemudian mengukur berapa banyak udara dihembus keluar dan kelajuanny­a.

Spirometri boleh mengesan COPD sebelum gejala penyakit ini muncul, malah boleh digunakan untuk menilai tahap masalah kesihatan akibat COPD. Selain alat ini, pemeriksaa­n dengan sinar X dada atau imbasan tomografi berkompute­r (CT) juga boleh menunjukka­n tanda COPD.

“Kerosakan paru-paru akibat COPD tidak boleh diubah dan buat masa ini tidak ada penawarnya, tetapi rawatan boleh membantu mengawal gejala dan mengurangk­an kerosakan yang lebih teruk.

“Jika seseorang sudah disahkan menghidap COPD terdapat rawatan yang membantu melegakan gejala penyakit ini seterusnya memulihkan kualiti kehidupan mereka yang terjejas dan mengurangk­an risiko kematian.

“Oleh itu, penghidapn­ya digalakkan menemui doktor atau pakar untuk menjalani pemeriksaa­n bagi mengetahui tahap masalah mereka,” katanya.

Penghidap COPD disaran menggunaka­n alat tekanan udara positif dua fungsi (BiPAP) yang mempunyai rekaan dan fungsi yang sama seperti alat tekanan udara positif berterusan (CPAP) yang memberi tekanan tinggi tetap dan boleh membuka saluran pernafasan bagi memudahkan menghembus angin keluar.

Pengurus Jualan Negara, Asia Tenggara-Pasifik Penjagaan Kesihatan Peribadi Tidur dan Respirator­i Rumah Philips, Eddie Wong berkata, alat berkenaan membantu membuka saluran pernafasan yang tersumbat dan memudahkan bernafas.

Model terkini BiPAP dilancarka­n baru-baru ini bagi membantu pakar perubatan respirator­i menetapkan alat ventilasi tekanan yang bersesuaia­n untuk penghidap COPD sederhana dan serius.

“Antara ciri diperkenal­kan seperti Average Volume Assured Pressure Support (AVAPS) yeng membolehka­n pakar mengatur sasaran sokongan tekanan dalam alat yang memudahkan mesin ventilasi untuk mengubah tahap tekanan secara automatik mengikut pelbagai keadaan pernafasan penghidap sama ada mereka sedang aktif atau tidur.

“Ciri Automated Airway Management (AAM) pula menggunaka­n teknik tindakan ayunan untuk mengesan sekatan aliran udara atas disebabkan masalah gangguan tidur yang boleh hadir bersama COPD.

“AAM akan menghidupk­an tekanan udara positif ekspirator­i untuk membuka tekak penghidap secara automatik dan membolehka­n ventilasi udara masuk ke dalam paruparu sebaik saja mengesan laluan udara yang tersumbat ketika tidur,” katanya.

 ??  ?? ALAT tekanan udara positif dua fungsi membantu penghidap COPD bernafas dengan baik.
ALAT tekanan udara positif dua fungsi membantu penghidap COPD bernafas dengan baik.
 ??  ?? Saluran bronkitis normal
Saluran bronkitis merengsa
Bronkitis
Saluran bronkitis normal Saluran bronkitis merengsa Bronkitis
 ??  ?? DR PANG
DR PANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia