Harian Metro

Bimbang rumah runtuh TERIMA SUMBANGAN

- Kandau Sidi am@hmetro.com.my

Miri: Pasangan suami isteri warga emas hidup dalam kebimbanga­n berikutan kediaman mereka berisiko runtuh berikutan hakisan tanah di Kampung Kuala Suai, Niah, di sini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Miri Mohd Hazle Shah Abd Hamid berkata, kediaman Sepawi Lazim, 61, itu terletak kurang satu meter dari kawasan hakisan tanah berkenaan.

Menurutnya, hujan berterusan disusuli arus deras dan air pasang besar di Sungai Batang Suai pada malam menyebabka­n hakisan berlaku.

Katanya, setakat jam 9 malam kelmarin, pihaknya mendapati hanya rumah Sepawi yang didiami bersama isterinya berusia 64 tahun berisiko akibat hakisan tanah di tebing sungai berkenaan.

Penduduk di wilayah utara Sarawak yang terjejas akibat banjir dan fenomena air pasang besar, baru-baru ini menerima bantuan makanan, semalam.

Bantuan itu diserahkan kepada lebih 2,000 mangsa membabitka­n 435 keluarga di 15 rumah panjang di bahagian ini terutama di Subis dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir pada minggu lalu.

Pegawai Daerah Subis Husaini Bakir berkata, 1,257 bungkusan makanan diagihkan kepada semua mangsa banjir bagi fasa pertama.

Menurutnya, bantuan itu diagihkan kepada penduduk menerusi agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Secara keseluruha­n keadaan banjir di Subis terkawal, namun penduduk di kawasan itu dinasihatk­an mengambil langkah waspada. “Jika berlaku taburan hujan luar biasa, kawasan penempatan penduduk di kawasan rendah rendah berkemungk­inan dilanda banjir lagi,” katanya.

Husaini berkata, keadaan cuaca tidak menentu ketika ini dan beberapa penempatan penduduk ditenggela­mi air banjir.

“Penduduk dinasihatk­an mengawasi pergerakan anak mereka dan mengelak bermain air,” katanya.

 2,000 mangsa banjir dari 15 rumah panjang dibantu

 ??  ?? ANGGOTA APM membuat pemantauan di rumah penduduk.
ANGGOTA APM membuat pemantauan di rumah penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia