Harian Metro

TAK TAHAN MASALAH BANJIR

-

mengambil tindakan segera bagi mengelakka­n kejadian banjir berulang setiap kali hujan lebat berterusan di daerah itu.

“Kami sudah tidak tahan apabila terpaksa berpindahr­andah ketika banjir. Lebihlebih lagi pada musim hujan seperti sekarang, hidup kami sudah tidak tenteram kerana risau rumah dinaiki air.

“Kami juga risau keselamata­n ahli keluarga terutamany­a anak-anak kecil. Apa tidaknya, air banjir yang bercampur lumpur pernah mencecah sehingga aras leher orang dewasa di dalam rumah,” katanya kepada Metro Ahad.

Sinah berkata, penduduk berharap masalah itu dapat diatasi secepat mungkin sebelum perkara lebih buruk berlaku.

Menurut seorang lagi penduduk Razmi Karim,

34, setiap kali hujan lebat, mereka perlu bersiap sedia untuk mengangkat barang di dalam rumah ke tempat lebih tinggi bagi mengelak ia rosak.

Katanya, setiap kali hujan, kawasan rumahnya akan dinaiki air dalam masa kurang sejam.

“Paling merisaukan jika hujan pada waktu malam bilamana sukar untuk angkut perabot dan barangan elektrik ke tempat tinggi, kerana keadaan gelap.

“Sampai bila kami perlu sabar, keadaan sudah semakin teruk. Tambahan lagi, ada antara rumah penduduk rosak teruk dan retak akibat air banjir. Penduduk banyak mengalami kerugian harta benda,” katanya.

Katanya, mereka berharap masalah itu dapat diatasi segera demi keselesaan dan keselamata­n penduduk.

Banjir melanda daerah ini pada 11 hingga 15 Disember lalu, menjejaska­n 26 kampung sekali gus menyebabka­n 1,829 orang dipindahka­n ke lima PPS.

 ??  ?? KEADAAN rumah penduduk kampung yang dimasuki air banjir, baru-baru ini.
KEADAAN rumah penduduk kampung yang dimasuki air banjir, baru-baru ini.
 ??  ?? KEROSAKAN rumah akobat banjir.
KEROSAKAN rumah akobat banjir.
 ??  ?? SINAH
SINAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia