Harian Metro

Projek dalamkan sungai sudah bermula

-

Kota Belud: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana

Daerah (JPBD) sudah membincang dan menggarisk­an langkah jangka pendek dan panjang untuk mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda daerah ini.

Pegawai Daerah Kota Belud yang juga Pengerusi JPBD, Abdul Gari Itam berkata, masalah banjir kilat timbul sejak dua tahun lalu berikutan kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu yang menyebabka­n runtuhan tanah seterusnya mempengaru­hi proses aliran di beberapa sungai.

Katanya, antara sungai yang terjejas termasuk Sungai Kadamaian, Sungai Tempasuk dan Sungai

Abai yang menjadi cetek akibat dipenuhi pasir dan runtuhan batu.

“Oleh sebab itu, setiap kali hujan lebat, banjir kilat akan berlaku. Kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan untuk proses pengorekan bagi mendalamka­n sungai, meluruskan aliran sungai dan membaiki tebing sungai berkenaan.

“Projek ini akan dijalankan dalam masa terdekat bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Abdul Gari berkata, pihaknya menyedari banjir kilat yang kerap berlaku di daerah ini tidak saja menyusahka­n masyarakat, juga menyebabka­n kerugian harta benda.

“Oleh itu, kita mahu masalah ini diselesaik­an untuk kemudahan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Gari menegaskan, JPBD juga sudah memperheba­t persediaan banjir termasuk penambahan aset bagi tujuan menyelamat ketika bencana.

Katanya, ia termasuk dua lori lima tan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Penggunaan lori lima tan ini penting berdasarka­n pada kejadian banjir sebelum ini. Air banjir yang dalam dan deras di beberapa jalan menyebabka­n operasi menyelamat terjejas.

“Selain itu, NADMA turut menyediaka­n peruntukan peralatan memasak dan 400 pembahagi ruang mudah alih untuk sembilan pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.

Abdul Gari berkata, beliau percaya langkah yang diambil itu akan dapat menyelesai­kan masalah banjir kilat di daerah Kota Belud yang sudah lebih 70 kali dilanda banjir pada tahun ini.

Bagaimanap­un, katanya, daripada jumlah itu, hanya enam kejadian banjir yang membabitka­n pemindahan penduduk di kampung yang terjejas.

 ??  ?? ABDUL GARI
ABDUL GARI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia