Harian Metro

STRATEGI SERUNDING IBUKU

- Razik Zayad hmkk@hmetro.com.my

Siapa sangka lelaki yang hanya duduk di kerusi roda kini mampu mencipta nama sebagai usahawan serunding ikan bilis pada usia muda.

Nama Muhammad Zahrin Ahmad, 22, mungkin belum dikenali dalam kalangan usahawan berjaya namun usahanya wajar dicontohi kerana memiliki semangat tinggi walaupun bergelar orang kurang upaya (OKU) fizikal.

Muhammad Zahrin yang memegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggunaka­n ilmu yang diperoleh untuk mengembang­kan perniagaan­nya.

“Selepas memiliki ijazah, saya tidak berharap bekerja dengan kerajaan atau swasta, sebaliknya merancang mengambil inisiatif menceburi perniagaan.

“Akhirnya saya berjaya menerusi perniagaan membekalka­n serunding yang diberi nama Serunding Ibuku sejak lima bulan lalu,” katanya ketika ditemui sempena kempen Aku Punya Bah yang menghimpun­kan peniaga Bumiputera Sabah, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan merangkap Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Mohamad Alamin.

Menurutnya, kekurangan pada dirinya tidak menjadi penghalang berjaya dalam bidang yang diceburiny­a.

“Status saya sebagai OKU sejak lahir lagi, tetapi saya tidak gunakan ia sebagai alasan. Saya meluaskan perniagaan bukan saja di Sabah, tetapi hingga ke Sarawak dan Brunei,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Program Aku Punya Bah Noor Farahdilah Najmuddin berkata, kempen menjadi platform menghimpun­kan usahawan muda Bumiputera supaya mereka saling berkongsi ilmu pengetahua­n.

“Kami mempunyai 23 ahli perniagaan dari seluruh negeri yang datang daripada pelbagai industri. Kempen ini berlangsun­g selama enam bulan,” katanya. Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) memperkena­lkan buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) secara dalam talian dikenali e-KPP mulai Mac tahun depan bagi mengatasi masalah kekurangan buku itu di institut memandu (IM).

Ketua Pengarahny­a,

Datuk Shaharuddi­n Khalid berkata, buku panduan itu disediakan secara dalam talian bagi tiga KPP iaitu kereta automatik, kereta manual dan motosikal.

Katanya, kekurangan buku panduan itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana vendor JPJ menyediaka­n jumlah tetap setiap bulan, tetapi timbul masalah apabila IM mengadakan promosi sempena cuti sekolah dan mereka tidak dapat menyediaka­nnya dengan cukup.

“Jadi kami minta pembekal menambah buku KPP ini dan akhirnya perkara itu selesai.

“Pada masa akan datang, kami bincang dengan vendor untuk jadikan buku KPP ini secara dalam talian mulai Mac tahun depan,” katanya dalam sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Penutup Program MyLesen Kadet JPJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak, di sini, semalam.

Lelaki OKU berkerusi roda perluas perniagaan diusahakan selepas raih ijazah

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA usahawan yang terbabit dalam kempen Aku Punya Bah bersama Mohamad di Dewan Restoran Sinar Mustika, Putatan.
ANTARA usahawan yang terbabit dalam kempen Aku Punya Bah bersama Mohamad di Dewan Restoran Sinar Mustika, Putatan.
 ??  ??
 ?? FOTO: RAZIK ZAYAD ??
FOTO: RAZIK ZAYAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia