Harian Metro

BOLEH DOA LEPAS KOMA 86 HARI

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Mangsa nahas van tahfiz beransur

pulih selepas koma 86 hari

Pelajar Tahfiz Al-Hashimi yang terlantar di hospital enam bulan akibat kemalangan sebuah van di Kampung Telekong, Kuala Krai, Jun lalu kini mampu membaca doa pendek.

Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 17, menunjukka­n perubahan positif apabila semakin pulih daripada kecederaan­nya.

Dalam kejadian itu, van Maahad Tahfiz Al-Hashimi yang membawa 12 pelajar tahfiz dan dua guru untuk ke program tafsir dan bacaan al-Quran di Kota Bharu, terbabas lalu merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai.

Kemalangan itu menyebabka­n tujuh pelajar tahfiz maut dan tujuh mangsa yang lain cedera serta menerima rawatan di hospital.

Muhammad Faiz Hafizuddin cedera parah dan koma 86 hari dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bapanya, Mohd Izahir Kassim, 49, berkata, melihat perubahan anaknya yang semakin baik adalah satu rahmat dari Allah.

“Anak saya koma 86 hari dan menjalani rawatan enam bulan di HUSM. Ia tempoh kritikal dan kami tidak putus berdoa serta mengadakan solat hajat untuk kesembuhan anak.

“Alhamdulil­lah kini anak saya pulih dan mampu bercakap serta membaca doa pendek walaupun dia terlantar dan minum menggunaka­n tiub,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tempoh pemulihan dia sekeluarga sentiasa berada dekat Muhammad Faiz dan memberi perhatian dengan penuh kasih sayang.

“Kami kini tinggal di rumah tumpangan Al-Falah, Kuala Krai sejak anak keluar hospital pada 6 Disember lalu selepas diminta pengasas Maahad Tahfiz Al-Hashimi (Datuk Adnan Hashim).

“Saya mohon orang ramai mendoakan kesembuhan anak supaya dia berjalan kembali dan menghafal al-Quran seperti sebelum ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia