Harian Metro

Mohon doakan ibu

-

Kuala Lumpur: Pengacara CK Faizal, 35, mengharapk­an kehadiran ibu tersayang menyambutn­ya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik pulang menunaikan umrah, petang semalam.

Bagaimanap­un, pengacara Trek Selebriti itu hampa tidak dapat bertemu sebaliknya dikejutkan dengan berita ibunya, Fatimah Mat England, 78, mengalami komplikasi jantung dan dimasukkan ke hospital.

Kata CK, sepatutnya ibunya hadir ke KLIA menyambut kepulangan dari menunaikan umrah di Tanah Suci, tetapi terkejut melihat ketiadaann­ya bersama keluarga lain.

“Saya tiba di Kuala Lumpur jam 6.27 petang dan dimaklumka­n keluarga bahawa ibu saya mengalami komplikasi jantung. “Selepas selesai menguruska­n bagasi dan sebagainya, saya terus ke Pulau Pinang untuk melihat keadaan ibu. Sebaik tiba di Pulau Pinang, saya memberi ibu minum air zam zam dan kurma Nabi kepadanya.

“Buat masa sekarang, nadinya masih lemah sekitar 30 degupan per minit. Secara saintifik, doktor memaklumka­n ibu saya mengalami

complete heart block,”

katanya kepada Harian Metro.

Kata CK, dia dimaklumka­n sebelum berangkat ke KLIA, ibunya berasa sakit di belakang.

“Apabila diperiksa, doktor mengesahka­n denyutan nadinya terlalu perlahan dan ditahan di hospital di Manjung, Perak sebelum dipindahka­n ke hospital lain di Pulau Pinang,” katanya.

 ??  ?? CK Faizal
CK Faizal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia