Harian Metro

Rugi RM3 juta seminggu

-

Kuala Lumpur: Lebih

RM3 juta kerugian dicatatkan dalam tempoh seminggu.

Itu angka didedahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berhubung penipuan panggilan atau nama baru ‘Malaysian Scam’ di negara ini.

Bagi tempoh 28 Disember hingga 3 Januari lalu, lebih 30 kes dilaporkan membabitka­n kerugian lebih RM3 juta di seluruh negara.

Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman (Multimedia dan Siber) Senior Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail berkata, jumlah kes membabitka­n sindiket berkenaan menunjukka­n perubahan ketara berbanding tahun lalu.

“Polis merekodkan jumlah kes penipuan panggilan telefon amat tinggi tahun lalu dengan peningkata­n hampir empat kali ganda iaitu sebanyak 1,399 kes membabitka­n nilai kerugian RM44.7 juta berbanding tahun sebelumnya yang mencatatka­n hanya 394 kes dengan kerugian RM18.2 juta.

“Bagi kes terbaru dalam tempoh seminggu jumlah kes dan kerugian yang dilaporkan amat membimbang­kan memandangk­an ia berlaku dalam tempoh singkat,” katanya.

Ahmad Noordin berkata, pihaknya percaya angka kerugian yang tinggi ini dipengaruh­i modus operandi sindiket yang sentiasa mengubah helah bagi memperdaya mangsa.

“Sindiket ini bijak menjerat rakyat tempatan untuk bekerja sebagai pemanggil di pusat panggilan di luar negara.

“Mereka akan dilatih dalam tempoh tertentu sehingga mahir sebelum diminta meyakinkan mangsa supaya percaya bahawa mereka adalah individu sebenar yang ‘dilakonkan’ sama ada sebagai pegawai bank atau anggota polis.

“Mereka akan diberikan maklumat mangsa secara rawak dipercayai diperoleh daripada pihak tertentu yang menjual data terbabit kepada sindiket berkenaan dan diarahkan menghubung­i mangsa melalui kaedah Voice Over Internet Protocol (VOIP) menggunaka­n skrip diberikan yang berunsur jenayah serta ugutan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut mengenal pasti modus operandi terbaru sindiket itu yang mengarahka­n mangsa membuka akaun baru menggunaka­n maklumat mereka bagi memudahkan pemindahan wang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia