Harian Metro

Tawar khidmat bot redah banjir

-

Bot diletakkan di tepi jalan yang dinaiki air di Kilometer 16, Jalang Sungai Lembing sebelum beberapa pelanggan menunggu menaiki bot berkenaan.

Kemudian, bot itu ditolak ke kawasan dalam sebelum enjin dihidupkan dan membawa penumpang ke kawasan Bukit Kuin.

Itu rutin mekanik, Wan Mohd Faizal Wan Ibrahim, 32, sejak laluan berkenaan dinaiki air menyebabka­n penduduk di kawasan Bukit Kuin dan Sungai Lembing terputus hubungan sejak Selasa lalu.

Dia mengenakan bayaran RM5 seorang untuk perjalanan sehala dan pendapatan itu dibahagika­n sama rata dengan sepupunya, Rozali Abdul Rashid, 39, dan Mohd Faizolini Mohd Ramli, 32, yang membantuny­a mengendali­kan bot itu.

Katanya, agak sukar melakukann­ya sendirian kerana bot perlu ditarik sehingga ke kawasan dalam sebelum enjin dihidupkan.

“Sama juga apabila sampai ke kawasan cetek di seberang, kena ada orang turun dan tarik bot bagi memudahkan penumpang naik ke darat.

“Sejujurnya, bukan keuntungan yang kami cari sebaliknya mahu membantu penduduk di kawasan terputus hubungan untuk ke bandar kerana ramai yang bekerja dan bersekolah di kawasan bandar serta sekitar Indera Mahkota,” katanya, di sini.

Katanya, laluan di Jalan Sungai Lembing itu sering dinaiki air ketika banjir dan dia mengambil inisiatif itu bagi memudahkan penduduk di kawasan berkenaan melakukan urusan seharian.

Wan Mohd Faizal berkata, perkhidmat­an bot beroperasi bermula jam 7 pagi namun jika ada penduduk yang mahu keluar lebih awal, mereka mempertimb­angkannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia