Harian Metro

SANGGUP KAU...

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

Enggan beri wang punca anak libas ibu guna besi

pemotong rumput

Anak syaitan. Itu gelaran yang sepatutnya diberikan kepada lelaki berusia 25 tahun apabila tergamak melibas kepala ibunya menggunaka­n besi mesin pemotong rumput dalam kejadian di rumah Bukit Sagu 1 di sini, kelmarin.

Difahamkan lelaki terbabit yang baru dibebaskan dari penjara sejak tiga bulan lalu bertindak demikian disebabkan keengganan ibunya memberikan wang kepadanya sebelum memukul wanita warga emas terbabit di belakang kepala.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa Mea’ah Abd Majid, 65, melarikan diri ke rumah jirannya terletak 100 meter dari rumahnya.

Menurut jiran mangsa yang enggan dikenali, dia melihat wanita warga emas itu berlumuran darah sebelum mangsa rebah diri di rumahnya.

“Saya dan isteri kemudian cuba tenangkan dia sebelum menelefon ambulans untuk mendapatka­n bantuan.

“Dia dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan, seterusnya kejadian itu saya maklumkan kepada ketua peneroka kami,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, kejadian itu kemudian tersebar kepada beberapa pemuda di kawasan kampung itu sebelum usaha mencari suspek dilakukan.

Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku kepada mangsa kerana sebelum ini wanita itu bersama lima anaknya yang lain tidak mempunyai sebarang masalah.

Sementara itu, Ketua Peneroka FELDA Bukit Sagu 1 Maznan Fadzil, berkata, dia dimaklumka­n mengenai kejadian itu jam 6 petang sebelum membuat laporan polis dua jam kemudian di Balai Polis Kuantan.

Susulan laporan itu, beberapa anggota polis tiba ke lokasi kejadian untuk mencari suspek sebelum lelaki itu ditahan pada jam 10 malam.

“Saya difahamkan ketika kejadian mangsa hanya tinggal dengan suspek manakala anak sulungnya tiada di rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan terhadap orang awam.

 ??  ?? MEA’AH terbaring di tengah rumah sebelum dibawa ke HTAA.
MEA’AH terbaring di tengah rumah sebelum dibawa ke HTAA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia