Harian Metro

Tak patah semangat diserang gajah

-

Kota Bharu: Pernah diserang dan nyaris cedera akibat gajah liar tidak pernah mematahkan semangat kakitangan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan ini untuk terus menjinakka­n mamalia berkenaan.

Malah, Pembantu Hidupan Liar Nik Mohd Fauzan Nik Hamdi, 32, sudah lebih 10 tahun melakukan pekerjaan itu dan pengalaman satu dekadnya banyak mengajar dirinya untuk memahami sifat gajah.

Katanya, Jeli dan Kuala Krai sudah menjadi daerah wajib dikunjungi setiap tahun kerana aduan penduduk mengenai kes ancaman gajah liar yang tinggi di situ.

“Saya ditugaskan sebagai barisan hadapan ketika proses menangkap gajah dan jadi penembak pelali. Jadi risiko diserang sangat tinggi terutama apabila gajah naik minyak dan dalam ketakutan.

“Ketika prosedur ini, ada empat lagi rakan akan bantu di barisan hadapan dan kami akan berlindung di sebalik pokok besar bagi mengelak diserang.

“Tidak mudah untuk menundukka­n gajah apatah lagi saiz fizikalnya yang besar dan lebih berat boleh beri ancaman tinggi kepada kita.

“Namun sebagai penembak pelali, saya perlu pastikan ‘peluru’ kena tepat pada badan haiwan ini.

“Jika tidak tepat, gajah akan jadi lebih agresif dan situasi lebih buruk,” katanya.

Di sebalik risiko itu, Nik Mohd Fauzan berkata, dia tetap teruja setiap kali perlu menangkap gajah liar, malah setiap operasi memberi pengalaman berbeza kepadanya. Katanya, pelali yang terkena pada mana-mana bahagian badan gajah akan membuatkan haiwan itu lali dan tidur selama sehari.

“Dalam keadaan itu, akan memudahkan kita mengurus perpindaha­nnya dari kawasan dicerobohi ke penempatan baru yang diputuskan bersama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang.

“Kita memang sentiasa bekerjasam­a dengan PKGK dalam operasi ini dan 10 kakitangan pusat akan hadir dibantu dua gajah denak sebagai pemujuk,” katanya.

 ??  ?? GAJAH liar yang ditangkap PERHILITAN di Kampung Kuala Balah, Kelantan dipindahka­n ke habitat lebih selamat di Taman Negara. KESAN tapak kaki gajah di laluan balak.
GAJAH liar yang ditangkap PERHILITAN di Kampung Kuala Balah, Kelantan dipindahka­n ke habitat lebih selamat di Taman Negara. KESAN tapak kaki gajah di laluan balak.
 ??  ?? NIK Mohd Fauzan
NIK Mohd Fauzan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia