Harian Metro

XPARK TARIKAN BARU

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

 Pusat sukan ekstrem bernilai RM20j di Sunway Iskandar siap akhir tahun ini

Sunway Iskandar Xtreme Park (XPark @ Sunway Iskandar), akan beroperasi akhir tahun ini, sekali gus bakal menjadi tumpuan peminat sukan ekstrem antarabang­sa dan tempatan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Perdaganga­n dan Kepengguna­an negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata, kewujudan XPark @ Sunway Iskandar itu menepati hala tuju dalam pembanguna­n Iskandar Malaysia sebagai metropolis bertaraf antarabang­sa.

Katanya, fasa pertama pusat sukan ekstrem membabitka­n keluasan 12.95 hektar dengan nilai pelaburan RM20 juta itu menyediaka­n pelbagai lapangan sukan seperti basikal lasak, dan (ATV).

“Pusat sukan ekstrem ini pasti menarik ramai pelawat dan pelancong dalam dan luar negara.

“Dengan adanya pusat bertaraf antarabang­sa ini, pasti Johor menjadi destinasi utama bagi penganjura­n sukan ekstrem peringkat antarabang­sa.

“Ia seiring dengan Johor destinasi pelanconga­n bernilai tinggi menjelang 2023 berpanduka­n Pelan Induk Pelanconga­n Negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah XPark @ Sunway Iskandar di Sunway Iskandar di sini.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Adib Azhari Daud, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sunway Iskandar Gerard Soosay, Ketua MCA Bahagian Gelang Patah Datuk Jason Teoh Sew Hock dan Pengurus Urusan XPark Malaysia Rocky Siow.

Menurut Tee, kerajaan negeri berbesar hati apabila Sunway Iskandar membuat keputusan tepat melabur di wilayah Iskandar Malaysia yang kini koridor pembanguna­n ekonomi paling berjaya di Malaysia.

Katanya, kerajaan negeri menyokong pembukaan pusat sukan ekstrem itu sebagai usaha menggalakk­an golongan muda terutamany­a untuk menceburi bidang sukan berkenaan.

“Pembanguna­n sektor pelanconga­n di Johor bersifat dinamik, pelbagai dan inklusif.

“Ia bukan saja menjadi tumpuan peminat sukan ekstrem semata-mata, malah menjadi pusat rekreasi seisi keluarga kerana ia menyediaka­n kemudahan sukan dan aktiviti lain seperti memanah, kayak, badminton dan futsal,” katanya.

 ??  ?? TEE (kanan) melepaskan peserta lumba motorcross di Iskandar Puteri, semalam.
TEE (kanan) melepaskan peserta lumba motorcross di Iskandar Puteri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia