Harian Metro

BUKU KUTUK TRUMP

- AFP

 Presiden AS berdepan krisis perhubunga­n awam baru selepas

pelancaran gagal dihalang peguam pemimpin itu

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berdepan krisis perhubunga­n awam baru semalam dengan penerbitan buku yang menggambar­kannya sebagai orang tidak stabil dan tidak berkemampu­an selepas pelancaran­nya gagal dihalang peguam pemimpin itu.

Bertindak balas terhadap surat menyekat pelancaran buku itu - ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’ - penerbitny­a mempercepa­tkan acara itu. Buku berkenaan oleh penulis Michael Wolff antara lain memetik pembantu penting Trump menyuaraka­n keraguan terhadap keupayaann­ya memegang jawatan itu.

Trump berkata di Twitter, lewat Khamis (waktu tempatan): “Saya tidak memberikan sebarang akses ke Rumah Putih (malah menolaknya berulang kali) kepada penulis buku palsu itu! Saya tidak pernah bercakap dengan dia mengenai buku itu. Penuh kepalsuan, gambaran salah dan sumber yang tidak wujud.”

Buku itu yang menggambar­kan Trump sebagai tidak stabil dari segi mental dan tidak mampu melaksanak­an tugasnya, turut menyertaka­n petikan daripada bekas ketua perancang strateginy­a, Steve Bannon yang turut menerima perintah sekatan bersuara daripada peguamnya.

Dalam buku itu, antara lain, Bannon dipetik menuduh anak sulung Trump, Donald Junior, berhubunga­n secara langsung dengan seorang peguam yang berkaitan dengan Kremlin dan mendakwa Ivanka - yang menggambar­kan dirinya menjadi presiden satu hari nanti sebagai bodoh.

Namun, Trump sendiri yang paling teruk dikutuk beberapa bekas pegawai kanannya termasuk digelar ‘bodoh.’

Sementara itu, Rumah Putih menyelar buku itu dan penulis serta sumbernya.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih Sarah Sanders berkata: “Saya tidak rasa orang AS benar-benar pedulikan nukilan sampah yang penulisnya sehingga hari ini tidak dikenali pun, apatah lagi kata-kata pekerja yang sudah dipecat.”

Buku Wolff itu didakwa berdasarka­n temu bual dengan Trump, pegawai kanannya dan beberapa pihak lain, membuat pelbagai tuduhan mengejutka­n termasuk bagaimana pemimpin itu percaya dia yang meletakkan Putera Mohammed Salman sebagai Putera Mahkota Arab Saudi apabila dilaporkan berkata: “Kita meletakkan orang kita di situ.”

Ia turut mendakwa Trump cuma makan makanan McDonald’s kerana percaya ia tidak diracun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia