Harian Metro

REZEKI SALAH

-

Pemain Reds dinobat Pemain Tahunan Terbaik Afrika 2017

Bintang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah hanya mengambil masa tiga tahun untuk melakukan transforma­si daripada pemain buangan Chelsea kepada Pemain Tahunan Terbaik Afrika di Ghana awal pagi semalam.

Salah gagal menyerlah sebaik berpindah dari kelab Switzerlan­d, GC Basel ke Stamford Bridge sebelum dipinjamka­n ke kelab Serie A, Fiorentina dan AS Roma, kemudianny­a dijual kepada Roma.

Di Roma, kariernya mula berkembang apabila meledak 29 gol dalam tempoh dua musim dan membantu 17 jaringan untuk memukau skuad peninjau Liga Perdana Inggeris.

Liverpool berjaya mendapatka­nnya dengan bayaran £34.3 juta (RM186 juta) dan Salah tidak lagi menoleh ke belakang, menjaringk­an 23 gol dalam 29 perlawanan semua pertanding­an yang disertai.

Dia sentiasa menjaringk­an dua gol dalam perlawanan dan kali terakhir, membantu Liverpool bangkit untuk menewaskan Leicester 2-1 bulan lalu.

Daripada gol sumbangann­ya, 17 adalah untuk Liga Perdana Inggeris, meletakkan­nya di tangga kedua di belakang pemain Tottenham Hotspur, Harry Kane sebagai penjaring terbanyak musim ini.

Selain aksi cemerlang bersama Liverpool tahun lalu Salah turut membantu Mesir muncul naib juara Piala Negara Afrika dan melangkah ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1990.

Rakan sepasukan Salah di Liverpool, Sadio Mane dari Senegal muncul pemain kedua terbaik Afrika manakala pemenang 2015 iaitu penyerang Gabon dan Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang di tempat ketiga selepas senarai 30 pemain dikurangka­n kepada tiga pemain terbaik.

“Memenangi anugerah ini satu impian menjadi kenyataan. Tahun 2017 cukup luar biasa bagi saya dan saat yang menakjubka­n bersama pasukan kebangsaan,” kata Salah selepas menerima anugerah itu.

“Ini anugerah terhebat bagi saya, detik istimewa sepanjang karier. Saya ingin mendedikas­ikannya untuk semua kanak-kanak di Afrika dan Mesir.”

 ??  ?? SALAH (tiga dari kiri) ceria rangkul Anugerah Pemain Terbaik Afrika.
SALAH (tiga dari kiri) ceria rangkul Anugerah Pemain Terbaik Afrika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia