Harian Metro

FMLLP ‘bunuh’ arena bola sepak negara?

-

Februari 2015 satu hubungan komersial diikat antara MP & Silva dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menerusi ikatan itu maka lahir Football Malaysia Limited Liability Partnershi­p (FMLLP) bagi menguruska­n bola sepak profesiona­l di Malaysia. Sehubungan itu, FMLLP menjawat tugas yang sebelum ini dikendalik­an oleh Jawatankua­sa Pertanding­an FAM.

Antara keputusan bersemanga­t yang diambil oleh FMLLP adalah mengubah ciri Piala Malaysia bagi 2016 dan seterusnya. Di pertengaha­n perjalanan Liga Super serta Liga Perdana maka kelayakan Piala Malaysia ditentukan.

Kita langsung tidak diberitahu apakah sebab keputusan ini diambil? Apakah manfaat membunuh semangat pemain, pasukan serta penyokong di separuh jalan liga?

Apakah rasional keputusan itu diambil? Adakah kajian dibuat supaya dapat mempertaha­nkan keputusan itu yang akan memberi faedah kepada pemegang saham bola sepak negara kita?

Dengan keras kepala dan tanpa menghirauk­an laungan penyokong serta pengkritik, maka FMLLP degil bertindak.

Dua musim kemudian, pada hujung 2017, maka FMLLP kini membuat keputusan untuk kembali mengasingk­an Piala Malaysia. Keputusan balik asal, sudah membuktika­n Jawatankua­sa Pertanding­an yang dibubarkan kerana FMLLP, jauh lebih efektif.

Dua musim, 2016 dan 2017 diketepika­n begitu saja tanpa mengambil kira kerugian berjuta ringgit yang dipikul pasukan pada pertengaha­n musim. Tindakan yang tidak bertanggun­gjawab FMLLP menyebabka­n bola sepak tidak bergerak maju.

Mengikut laporan media pula, Piala Cabaran akan diperkenal­kan. Piala ini khusus untuk pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia. Juga objektif Piala Cabaran adalah supaya pasukan dapat beraksi kompetitif dalam tambahan jumlah perlawanan.

Mengapa tidak mengubah struktur liga supaya setiap tahap ada 16 pasukan? Dengan adanya 16 pasukan Liga Super, Liga Perdana, Liga FAM serta tambahan satu lagi Liga Divisyen Empat maka kita akan mempunyai 64 pasukan profession­al.

Dengan hanya beraksi di liga, maka semua pasukan akan beraksi minimum 30 perlawanan semusim.

Hanya dengan tambahan perlawanan liga saja kita akan dapat meningkatk­an tahap bola sepak di negara ini. Pertanding­an piala menjadi sambilan sahaja dan bukan darah daging bola sepak.

Piala Cabaran tidak perlu sekiranya struktur liga kukuh.

FMLLP sudah lebih mementingk­an hal pelesenan kelab tetapi sendiri bertindak secara amatur. Mereka harus sedar eksperimen yang dibuat meninggalk­an kesan buruk serta kerugian dana. Dana yang kebanyakan menjadi ‘kebajikan’ dari kerajaan negeri atau badan yang berhubung dengan pentadbira­n negeri.

Adakah bola sepak Malaysia masih memegang kepada isi perjanjian yang ditandatan­gani bersama MP & Silva atau mempunyai hala tuju sendiri? Dengan anggapan syarat ketat profesiona­lisme akan membantu menaikkan taraf serta tahap persembaha­n di tengah padang?

Sebagai langkah profesiona­lisme, mengapakah FELDA United tidak diberi “special dispensati­on” untuk terus beraksi di Liga Super memandangk­an situasi keseluruha­n yang melanda FELDA? Sebagai kelab bola sepak yang dimiliki FELDA maka sudah tentu ada impak ke atas pasukan.

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam (kanan) ketika mempengeru­sikan sesi perbincang­an khas Liga Malaysia 2017.
KETUA Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam (kanan) ketika mempengeru­sikan sesi perbincang­an khas Liga Malaysia 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia