Harian Metro

‘Gugat persiapan pemain’

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee mengingatk­an anak buahnya supaya bersedia berdepan cabaran paling besar selepas aksi persahabat­an dengan Syria di Stadium Pusat Latihan Jiangsu, Nanjing China dibatalkan semalam kerana cuaca buruk.

Aksi pemanas badan itu adalah medan terakhir buat Kim Swee menguji pemain sebelum bermulanya kempen Kumpulan C Kejohanan B-23 AFC menentang Iraq di Changsu pada 10 Januari ini.

Bagaimanap­un ia terpaksa dibatalkan akibat cuaca sejuk dengan salji tebal meliputi padang stadium berkenaan dan pengendali Melaka: Jurulatih penjaga gol Melaka United, Effendi Kamsah mahu melahirkan lebih ramai penjaga gol yang layak beraksi untuk skuad kebangsaan dan fokusnya kini terarah kepada tiga penjaga gawang skuad Hang Tuah.

Bagi jurulatih berusia 44 tahun itu, beliau yakin ilmu yang diraih ketika menyarung jersi Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan dapat dimanfaatk­an sepenuhnya untuk membentuk imej serta kematangan penjaga gol skuad itu. skuad muda negara itu membayangk­an sesuatu yang lebih mencabar menanti mereka apabila kejohanan sebenar bermula.

“Walaupun agak kecewa kerana perlawanan persahabat­an ini tak dapat diteruskan, tapi ia tidak dapat dielakkan kerana cuaca tak menentu. Sedikit sebanyak situasi ini memberi kesan kepada persiapan kerana saya mahu menilai tahap pemain. Namun saya sudah dapat menguji pemain dalam tiga perlawanan kompetitif di Korea Selatan sebelum ini jadi pada saya, itu sudah mencukupi untuk saya mengetahui kekuatan dan kelemahan pasukan.

“Tapi saya percaya dengan situasi seperti ini, pemain perlu bersedia mengharung­i cabaran cukup besar dari segi mental kerana bukan saja akan berdepan pasukan hebat dalam kejohanan nanti malah cuaca sejuk ini,” katanya.

Susulan masalah cuaca dan gelanggang, perlawanan dengan Syria yang diatur semula hari ini tetap tidak dapat diteruskan dan memaksa Kim Swee hanya mengadakan sesi latihan biasa di Kunshan.

Sebelum ini, skuad muda negara berkampung di Mokpo, Korea Selatan selama dua minggu dan menyaksika­n mereka seri 1-1 dengan Mokpo City, menewaskan Universiti Honam 1-0 dan seri 1-1 dengan Jeonju Citizen dalam aksi persahabat­an.

Kim Swee bagaimanap­un lega apabila 23 pemain yang dibawa ke China bebas daripada kecederaan dan menganggap cuaca sejuk hingga mencecah -2 darjah Celsius pada sebelah petang pada hari perlawanan nanti tidak seharusnya dijadikan alasan.

“Pasukan lain yang mengambil bahagian juga akan turut mendapat tempias (cuaca sejuk). Ada pasukan yang terpaksa membatalka­n sesi latihan mereka akibat cuaca buruk ini jadi apa yang penting di sini kami kena terus fokus dengan persiapan,” katanya.

China: Tonggak pertahanan skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Adam Nor Azlin menyambut hari jadi ke-22 semalam namun sedikit mengecewak­annya adalah apabila hajat untuk beraksi menentang Syria dalam aksi persahabat­an tidak kesampaian.

Gara-gara cuaca sejuk dengan salji tebal, perlawanan yang dijadual berlangsun­g di Stadium Pusat Latihan Jiangsu, Nanjing itu terpaksa dibatalkan.

Bagi Adam, ia memberi kesan kepada persiapan pasukan yang akan bersaing dalam Kumpulan C, Kejohanan B-23 AFC di Changshu bermula Rabu depan menentang juara 2013, Iraq.

“Perlawanan dengan Syria dibatalkan, saya fikir ia sedikit mengganggu mental pemain kerana perlawanan ini untuk kami mendapat pendedahan bagaimana beraksi dalam cuaca sejuk di sini.

“Bagaimanap­un, kami kena kekal fokus kerana ada baiknya juga perlawanan ini dibatalkan kerana boleh mengelak daripada kecederaan. Malah dengan cuaca sejuk ini, pemain perlu mengambil lebih masa untuk memulihkan kecergasan semula,” katanya semalam.

Selain Iraq, skuad muda negara kendalian Datuk Ong Kim Swee turut berdepan saingan naib juara 2013, Arab Saudi dan Jordan untuk

 Kim Swee gesa anak buah lebih waspada ancaman di China

melepasi

Kumpulan C,

B-23 AFC.

Bagi Adam, tiga pasukan gergasi Asia Barat itu sememangny­a diakui pencabar hebat kepada skuad negara yang tampil buat kali pertama dalam kejohanan itu.

“Iraq, Arab Saudi dan Jordan pasukan yang hebat, tapi tidak mustahil kami boleh mengutip mata dalam perlawanan itu nanti,” katanya yang berpindah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Selangor untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

halangan Kejohanan

 ?? Adam Nor Azlin ?? PEMAIN B-23 negara tiba di hotel penginapan selepas aksi
berdepan Syria ditangguhk­an. Perlawanan dengan Syria dibatalkan, saya fikir ia sedikit mengganggu mental pemain kerana perlawanan ini untuk kami mendapat pendedahan bagaimana beraksi dalam cuaca...
Adam Nor Azlin PEMAIN B-23 negara tiba di hotel penginapan selepas aksi berdepan Syria ditangguhk­an. Perlawanan dengan Syria dibatalkan, saya fikir ia sedikit mengganggu mental pemain kerana perlawanan ini untuk kami mendapat pendedahan bagaimana beraksi dalam cuaca...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia