Harian Metro

‘MAT DON JANGAN PERGI...’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Marcote harap pemain import itu kekal bersama Kedah

Pengendali Kedah, Ramon Marcote begitu mengharapk­an pemain tengah importnya, Liridon Krasniqi dapat terus kekal menyarung jersi skuad Helang Merah musim ini.

Ketika khabar angin bertiup kencang menyatakan pemain kelahiran Kosovo itu akan melangkah pergi, bekas penyelia metodologi Atletico Madrid itu mengakui pemain berusia 26 tahun itu memainkan watak penting bagi membantu pasukan mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M).

“Secara jujurnya, saya masih memerlukan khidmat Liridon kerana kehadirann­ya akan terus menguatkan pasukan ini seperti beberapa musim sebelum ini.

“Namun, sebagai jurulatih saya memahami keinginan pemain apabila mendapat peluang untuk beraksi dalam salah satu liga terbaik di dunia dan ruang dalam memajukan lagi karier bola sepaknya.

“Saya akan menyokong apa saja keputusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berhubung perkara ini, tapi buat masa ini dia masih pemain Kedah. Jadi, saya mengharapk­an keadaan itu akan terus berkekalan,” katanya semalam.

Pada masa sama,

Marcote mengakui beliau perlu bersedia kehilangan khidmat perancang tengah itu dan tidak menolak kemungkina­n untuk menggunaka­n ‘Pelan B’.

“Kami akan cuba menyelesai­kan masalah ini jika benar Liridon membuat keputusan meninggalk­an pasukan walaupun perkara sebegini di luar jangkaan saya,” katanya.

Terdahulu, peminat pasukan Kedah terkejut apabila satu portal berita luar negara mendakwa pemain yang lebih mesra dengan panggilan Mat Don itu akan menerima tawaran kelab Angers yang beraksi dalam Ligue 1 Perancis.

 ??  ?? KRASNIQI dikaitkan dengan perpindaha­n ke kelab Perancis.
KRASNIQI dikaitkan dengan perpindaha­n ke kelab Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia