Harian Metro

Thiago ‘hutang’ FELDA United

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang import FELDA United, Thiago Augusto Fernandes menganggap dia masih ‘berhutang’ dengan kelab itu selagi tidak memenangi sebarang piala bersama mereka.

Justeru, dia meletakkan sasaran untuk menjulang sekurang-kurangnya satu kejuaraan musim ini bagi melangsaik­an hutang itu sekali gus menamatkan kemarau piala idaman The Fighters.

Thiago, pemain import tunggal dikekalkan dari skuad musim lalu berkata, selepas beberapa kali kariernya diberi talian hayat oleh FELDA United, sudah sampai masanya dia membalas budi mereka.

“Pada musim 2016, walaupun mengalami kecederaan serius namun FELDA mengekalka­n saya. Bila pulih, saya dipinjamka­n kepada Kedah yang memberi saya peluang memenangi Piala Malaysia.

“Musim lalu, mereka sekali lagi membuka ruang untuk saya kembali ke sini walaupun pada awal musim tidak menyenarai­kan saya. Jadi, sudah sampai masanya saya membalas kepercayaa­n mereka.

“Selagi FELDA belum memenangi apa-apa kejuaraan, saya menganggap masih ada hutang dengan mereka yang perlu dilangsaik­an,” kata Thiago.

Dia yakin rangkaian samba yang dimiliki The Fighters ekoran kehadiran dua lagi pemain Brazil, Thiago Aquino Junior dan Gilberto Fortunato mampu memberi impak lebih positif musim ini.

“Thiago memiliki pengalaman luas dengan bola sepak Malaysia kerana sebelum ini sudah tiga musim bersama Perak sementara Gilberto mewakili PKNP musim lalu.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia