Harian Metro

Aksi pelik umpama minta dikecam

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Mutakhir ini industri hiburan tanah air hangat dengan kisah selebriti menyalahgu­nakan media sosial.

Diakui selebriti memiliki pengaruh yang cukup kuat. Segala perbuatan mereka menjadi ikutan peminat dan andai tersilap langkah boleh membawa padah berpanjang­an.

Rakaman aksi tidak senonoh dan di luar kewarasan bagaikan menjadi trend sekali gus mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Bahkan, ada yang mula hilang rasa hormat terhadap si pelaku disebabkan perkara itu.

Misalnya, pelakon Iqram Dinzly yang membuat rakaman dirinya melakukan aksi pelik sehingga ramai tertanyata­nya apa sudah terjadi kepada pelakon ini? Lebih teruk, ada yang melabel kan dia tidak waras dan macammacam lagi.

Begitu juga pelakon jelita Fathia Latif yang beraksi tidak senonoh dan video itu tular. Jelas perbuatann­ya itu meninggalk­an kesan besar terhadap reputasiny­a sebagai anak seni dan dikecam hebat pelbagai pihak.

Apa sebenarnya yang mahu mereka buktikan? Adakah itu cara mereka melepaskan tekanan dan rasa geram?

Ikuti pandangan dua selebriti popular tempatan mengenai isu ini.

MARSHA LONDOH

“Saya sebenarnya agak sedih melihat perkara ini berlaku dalam kalangan selebriti. Mereka seakanakan tiada integriti apabila mengeluark­an video yang tidak sedap dipandang.

Mungkin itu cara mereka mahu melepaskan tekanan tanpa berfikir panjang. Bagaimanap­un, menggunaka­n media sosial bukan jalan terbaik apalagi dengan kewujudan netizen yang bermacam ragam sekarang.

Sekali gus, trend ini mencetuska­n sesuatu yang tidak sihat. Saya mewakili selebriti berasakan tindakan sebegini tidak patut kerana perlu diingat anak seni menjadi ikon orang ramai.

Saya tidak nampak sisi positif video sebegini melainkan mereka benarbenar mahu tunjukkan sisi bakat lain. Bagaimanap­un, perspektif itu mungkin tidak akan difahami netizen.”

AYIE FLOOR88

“Saya rasa apa yang mereka tunjukkan di media sosial itu adalah perangai sebenar mereka. Cumanya memang tidak patutlah dikongsi terutama di saluran yang boleh diakses umum.

Maklum saja, sekarang netizen ‘ringan mulut’. Ia pasti bawa kesan sangat besar terhadap artis itu kelak.

Bagi saya, media sosial adalah untuk berkongsi perkara yang boleh bawa kebaikan kepada semua. Sepatutnya, kongsilah video yang bermanfaat dan memberikan teladan kepada mereka yang melihat.

Bukan maksud saya mereka perlu berpurapur­a dan tidak menjadi diri sendiri tetapi beringatla­h. Kadangkada­ng bukan semua orang boleh terima perangai kita yang sebenar.

Saya sendiri pernah juga buat video nakal dan mengenakan orang tetapi itu cuma sekadar hiburan dan tidak melampau.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia