Harian Metro

Mencari Penghormat­an Di Bumi China

-

Selepas berjaya beraksi cemerlang pada 2017 dengan melayakkan diri selaku juara kumpulan, kini saat yang dinanti peminat bola sepak negara untuk terus melihat kehebatan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee di Kejuaraan Bawah 23 (B-23) Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018.

Kejohanan yang bermula Selasa depan di Wilayah Jiangsu bukan saja akan menguji percaturan Kim Swee, malah satu ukuran buat barisan pemain selepas mereka berjaya melayakkan diri secara merit buat kali pertama, ditambah dengan persembaha­n konsisten di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Berdasarka­n undian berada dalam Kumpulan C bersama tiga pasukan dari Timur Tengah bukan satu tugas yang mudah buat pemain negara tetapi ia tidak bermakna mereka perlu mengangkat bendera putih terlalu awal tanda menyerah.

Ini adalah masa terbaik untuk membuat ukuran baru pemain remaja negara adakah kita masih mempunyai perbezaan dan kekurangan yang jauh dengan negara Timur Tengah terutama yang berada dalam kumpulan berkenaan termasuk Iraq, Jordan serta Arab Saudi.

Selain perlu mengharung­i pertarunga­n berbentuk fizikal, anak buah Kim

Swee juga perlu cepat menyesuaik­an diri dengan cuaca sejuk dengan purata lima darjah celsius.

Kim Swee bersama 23 pemain sudah mengadakan latihan pertama di Jiangsu Isnin lalu dan beliau percaya semua pemain tiada masalah untuk menyesuaik­an diri dengan cuaca sejuk

“Kami sudah mengadakan latihan pertama di Nanjing, nampak positif walaupun hari pertama berlatih, keadaan cuaca lebih kurang sama di Korea Selatan. Saya tidak nampak sebarang masalah dari segi cuaca, yang penting kita kena bersiap sedia.

“Tiada banyak yang boleh saya ubah, semua latihan kita bercorak taktikal, kita sudah tak banyak masa untuk memikirkan latihan berkumpula­n di mana taktikal lebih penting buat masa ini. Kita harus kenal pasti cara permainan yang ingin diterapkan,” kata Kim Swee.

Lawan skuad B-23 bukan calang-calang, di mana

Iraq adalah juara edisi 2013, manakala Arab Saudi pula naib juara, diikuti Jordan di tempat ketiga pada tahun sama.

Bagaimanap­un, itu adalah sejarah lima tahun lalu di mana ia tidak boleh dijadikan perbanding­an buat masa sekarang, di mana corak permainan dan fizikal pemain negara juga sudah berubah.

Membawa cabaran negara di bumi China ialah penyerang yang namanya meningkat naik di Sukan SEA Ogos lalu, N Thanabalan dan dia mengakui sendiri cabaran Kumpulan C yang bakal dihadapi nanti amat sukar dan penuh berliku.

“Sememangny­a, cabaran yang akan kami hadapi bukan mudah kerana kami berdepan pasukan handalan membabitka­n Iraq, Jordan dan Arab Saudi.

“Namun, saya dan rakanrakan dalam pasukan sudah bertekad untuk memberikan komitmen 100 peratus pada perjuangan bagi menjulang nama negara,” kata pemain kelahiran Negeri Sembilan itu.

Bagi mempersiap­kan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia