Harian Metro

Bahang Bola Sepak Luar Biasa 2018

-

Keghairaha­n Liga

Malaysia kini mula rancak diperkatak­an dalam kalangan peminat bola sepak negara sebagai tontonan utama tahun 2018, sebelum disajikan dengan aksi Piala Dunia di Russia pada bulan Jun nanti.

Bermula dengan pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah dalam Piala Sumbangsih di Stadium Larkin pada 3 Februari ini, penyokong tanah air sudah tentu merasakan kancah Liga Super 2018 akan lebih rancak dan berkualiti.

Jadual yang disusun semula dengan memisahkan saingan Liga Super dengan jadual Piala Malaysia, dianggap antara faktor yang bakal memastikan demam bola sepak yang berpanjang­an.

Begitupun, tonik yang paling diperlukan oleh peminat ialah prestasi mantap pasukan kebangsaan Harimau Malaya pada kejohanan Piala AFF Suzuki yang dijadual berlangsun­g pada hujung tahun nanti.

Pemantauan paling rapi terhadap Liga Super, mahupun Liga Perdana musim ini juga tentunya dilakukan oleh jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk membentuk skuad terbaik negara dalam misi penting Piala AFF.

Jika beliau dikekalkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai jurulatih kebangsaan selepas menggantik­an

Nelo Vingada bulan lalu, Cheng Hoe mempunyai tugas menggunung untuk membaikpul­ih dimensi utama bola sepak Malaysia di peringkat antarabang­sa.

Sejauh mana pun keghairaha­n Liga Malaysia sebaik menyusun semula jadual, penambahan pemain import serta mengemaski­ni pelesenan kelab, maruah bola sepak Malaysia untuk 2018 akan tetap dinilai menerusi prestasi pada Piala AFF.

Cheng Hoe yang pernah menjulang Piala AFF 2010 sebagai pembantu Datuk K Rajagobal pastinya sudah melakar perancanga­n awal. Selepas kegagalan Harimau Malaya di bawah kendalian Vingada, kita mengharapk­an Cheng

Hoe berani mengambil sikap yang sedikit drastik untuk mengubah wajah dan semangat pasukan kebangsaan.

Antaranya mungkin menimbang kemasukan pemain naturalisa­si yang semakin ketara kehadiran mereka dalam Liga Malaysia, sembilan dalam Liga Super dan lima dalam pasukan Liga Perdana setakat ini.

Kebelakang­an ini memang ramai peminat yang teruja dengan kehadiran pemain naturalisa­si tetapi hakikatnya hanya Cheng Hoe yang tahu apakah mereka benar-benar mampu menajamkan kemampuan Harimau Malaya.

Selepas tersingkir awal pada Piala AFF Suzuki 2016, amat penting sekali Malaysia kembali tampil sebagai pasukan pencabar utama bola sepak Asia Tenggara setidak-tidaknya mengulangi pencapaian ke final di bawah kendalian Dollah Salleh pada 2014.

Barangkali, format Piala AFF yang bakal diubah tahun ini dengan aksi timbal balik untuk setiap pasukan, boleh direncana dengan sebaiknya sambil mengharapk­an sokongan padu peminat tempatan pada bulan NovemberDi­sember

nanti.

Namun, sebelum debaran Piala AFF, juga menjelang keseronoka­n liga domestik 2018, maruah bola sepak Malaysia juga mampu diperbaiki oleh skuad bawah 23 tahun negara pada Kejohanan Piala AFC di China yang bermula minggu depan.

Bukan calang-calang tugas buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang akan berdepan Iraq (10 Januari), Jordan (13 Januari) dan Arab Saudi (16 Januari). Tiada jalan lain untuk mengukur kualiti sebenar bola sepak negara kecuali di pentas antarabang­sa.

Justeru, ketika kita dibuai dengan kehangatan liga tempatan serta bahang Piala Dunia, jangan lupa misi yang lebih kritikal pada tahun 2018 nyata terletak di bahu skuad Cheng Hoe dan Kim Swee. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia