Harian Metro

AKHIRNYA ARIFFUDDIN PERGI

-

Sebak seketika perasaan Spy Bola apabila mendapat khabar duka pemergian Mohammad Ariffuddin Mohd Nor Hafis, 9, pada 28 Disember lalu selepas setahun menanggung derita penyakit barah tisu.

Kematian Ariffuddin atau mesra dipanggil

Arif dalam kalangan keluarga turut dirasai kerana Spy Bola yang bertanggun­gjawab mengatur pertemuan Allahyarha­m dengan pemain bola idolanya, Hafiz Kamal di Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Julai lalu.

Spy Bola masih ingat, sepanjang pertemuan itu, walaupun dalam kesakitan namun Arif tampak gembira kerana akhirnya dapat memenuhi impian bertemu Hafiz.

Apatah lagi pemain pasukan Perak yang lain turut hadir memberi sokongan moral kepadanya ditambah pula pemberian cendera sambung hati berupa dua helai jersi oleh Hafiz.

Spy Bola masih ingat, ibu Arif, Norazlin Mohamad memberitah­u, anaknya itu akan memakai jersi itu hingga ke tempat tidur.

Apabila dihubungi Rabu lalu, suara Azlin bernada tenang menerima pemergian anaknya dengan reda.

“Kami sudah berusaha sebaik-baiknya untuk Arif tapi ternyata Allah lebih menyayangi­nya. Walaupun sedih namun kami reda,” katanya.

Menurut Azlin, cenderahat­i pemberian Hafiz akan tetap mereka simpan dengan baik sebagai kenangan walaupun Arif sudah tiada.

Spy Bola: Kehilangan sahabat karib.

 ??  ?? IMBAS KEMBALI pertemuan Hafiz dengan Arif di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Julai lalu.
IMBAS KEMBALI pertemuan Hafiz dengan Arif di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia