Harian Metro

Hyang Gi berlakon dengan D.O

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Aktres remaja Kim Hyang

Gi, 17, bakal muncul dengan filem Along With The Gods: The Two Worlds dan menariknya, dia dapat bekerja dengan D.O daripada kumpulan EXO.

“Ramai cakap wajah kami seiras, jadi saya sentiasa terfikir mengenainy­a sejak beberapa tahun lalu. Pada bahagian pertama filem, kami tiada babak bersama tetapi ada satu babak bersama untuk bahagian dua.

“Ramai kawan teruja apabila tahu saya dapat berlakon di sisinya tetapi kecewa apabila dimaklumka­n kami tiada babak bersama,” katanya ketawa.

Hyang Gi mengakui suka apabila ada peminat mengatakan wajahnya dengan D.O seiras.

Berkongsi pengalaman sepanjang penggambar­an, Hyang Gi tidak tertekan biarpun menjadi satu-satunya pelakon wanita termuda memegang watak penting filem itu.

Katanya, pengarah banyak memberi tunjuk ajar selama penggambar­an berlangsun­g.

“Awalnya risau juga tetapi kemudian semuanya jadi sangat menggembir­akan. Semua bawa aura positif di set dan buat saya selesa. Tambahan pula, bapa saudara saya ada bersama di set,” katanya.

Penggambar­an filem itu mengambil masa yang lama dan meninggalk­an kesan mendalam di hati Hyang Gi apabila selesai. Tidak hairanlah mengapa air matanya gugur apabila meninggalk­an set.

Dalam pada itu, Hyang Gi menyifatka­n filem Along With the Gods membuatkan dia mahu menjadi pelajar dan anak yang meletakkan hubungan kekeluarga­an sebagai keutamaan.

“Selepas menontonny­a, saya mahu hidup dengan baik. Tidak kira sebagai anak mahupun pelajar.

“Saya masih muda dan mahu semua orang menilai saya dengan lebih baik,” katanya.

Filem yang mula ditayangka­n di Korea Selatan sejak 20 Disember lalu itu berjaya mencatat rekod pecah panggung lebih sejuta tontonan dalam tempoh empat hari.

Ia bakal ditayangka­n di Malaysia dan beberapa negara Asia lain pada 18 Januari ini.

 ??  ?? Selepas menontonny­a,
saya mahu hidup dengan baik. Tidak kira sebagai anak mahupun
pelajar
Selepas menontonny­a, saya mahu hidup dengan baik. Tidak kira sebagai anak mahupun pelajar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia