Harian Metro

Jahit 3 telekung sehari

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Keselesaan ketika beribadat menjadi keutamaan yang dititikber­atkan setiap Muslimah bagi memastikan solat dapat dilaksanak­an dengan sempurna.

Tidak hanya pada busana, kasut atau tudung, pemilihan telekung yang tepat dan selesa memainkan peranan penting kepada setiap Muslimah dalam menunaikan tanggungja­wab harian di rumah mahupun di luar.

Telekung yang disarung bukan saja perlu dijahit kemas malah memberikan keselesaan kepada pemakai sepanjang mengerjaka­n solat.

Menitikber­atkan aspek kekemasan pada setiap koleksi telekung yang dijahitnya sendiri, pengasas jenama ColorfulRe­ben, Noor Sinaran Chaya Dolkefflee berusaha menghasilk­an koleksi telekung terbaik untuk setiap pelanggann­ya.

Menurut Noor Sinaran Chaya, setiap koleksi telekung adalah hasil jahitannya sendiri dan pelanggan juga boleh menempah telekung mengikut ukuran masingmasi­ng.

“Setiap koleksi telekung dijahit dengan penuh ketelitian bagi menjamin kekemasan dan keselesaan ketika ia dipakai.

“Untuk tempahan pula, saya akan menerimany­a mengikut masa yang sesuai. Biasanya saya akan menjahit tiga helai telekung dalam sehari,” katanya.

Menurutnya, selain telekung bersaiz dewasa, dia juga menjahit dan menjual telekung bersaiz kanakkanak.

“Terdapat lapan saiz telekung yang dijual di ColorfulRe­ben iaitu, XS (setahun hingga dua tahun), S (dua hingga empat tahun), M (empat hingga enam tahun), L (enam hingga lapan tahun), XL (lapan hingga 10 tahun), XXL (10 hingga 12 tahun) dan dewasa XS (12 hingga 15 tahun) serta saiz dewasa.

“Selain itu, terdapat juga koleksi mini telekung untuk digunakan wanita yang mengerjaka­n ibadat umrah atau haji,” ujarnya.

Katanya, keistimewa­an koleksi telekungny­a adalah pada keselesaan kerana semua dijahit mengikut saiz dan usia.

“Saya menggunaka­n fabrik berkualiti yang memberi kesan sejuk ketika dipakai terutama kepada kanak-kanak.

“Dengan memfokuska­n kemasan yang sempurna dalam setiap jahitan, telekung ini ditawarkan pada harga yang berpatutan iaitu bermula dari RM60 sehingga RM120 mengikut saiz pilihan,” katanya.

 ??  ?? DIJAHIT mengikut
saiz pelanggan.
DIJAHIT mengikut saiz pelanggan.
 ?? Noor sinaran Chaya ?? MEMPUNYAI pilihan saiz dewasa dan kanak-kanak. Saya menggunaka­n fabrik berkualiti yang memberi kesan sejuk ketika dipakai terutama kepada kanak-kanak
Noor sinaran Chaya MEMPUNYAI pilihan saiz dewasa dan kanak-kanak. Saya menggunaka­n fabrik berkualiti yang memberi kesan sejuk ketika dipakai terutama kepada kanak-kanak
 ??  ?? DIHASILKAN menggunaka­n fabrik berkualiti.
DIHASILKAN menggunaka­n fabrik berkualiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia