Harian Metro

Aksesori eksklusif impak klasik

-

Koleksi asli diyakini tiada rekaan seumpamany­a di pasaran

Kerabat Klasik Tengku Zhawani Tunku Mansor, koleksi aksesoriny­a seperti kerongsang dan kalung dihasilkan bagi memberi gaya klasik sepanjang zaman yang tetap manis dipandang.

“Semua koleksi aksesori kami amat eksklusif dan diperbuat daripada tembaga bagi memberi impak lebih klasik kepada si pemakai.

“Saya sentiasa berusaha menghasilk­an setiap aksesori lain daripada yang lain bagi menarik minat pemakai untuk bergaya mengenakan aksesori,” katanya.

Semua aksesoriny­a dijual dalam lingkungan harga RM38 hingga RM188 bergantung kepada rekaan, bentuk dan perincian.

“Untuk warna pula, saya lebih menggunaka­n rona perak, emas lusuh dan tembaga kerana ia antara warna klasik dan eksklusif sepanjang zaman.

“Saya menghasilk­an rekaan yang benar-benar asli dan diyakini tiada rekaan seumpamany­a di pasaran,” ujarnya.

Katanya, semua golongan wanita tanpa mengira usia sesuai menggayaka­n koleksi aksesori Kerabat Klasik asalkan mempunyai keyakinan untuk tampil menawan.

TIP UNTUK MENGENAKAN AKSESORI

1. Amalkan konsep minimalis

Bagi wanita yang tidak bertudung, pemakaian aksesori mungkin mudah tetapi tetap dinasihatk­an supaya tidak berlebihan terutama apabila ke tempat kerja. Begitu juga dengan wanita berhijab, anda boleh memilih salah satu sama ada rantai labuh, gelang besar, cincin yang menyerlah.

2. Pakai aksesori yang menyerlah

Agak mudah untuk tampak trendy, asalkan anda berani, tetapi jangan berlebihan. Cari satu aksesori yang benarbenar menyerlah untuk dipadankan dengan busana anda pada hari itu. 3. Pilih cincin menarik

Ini adalah aksesori yang paling mudah dan ringkas tetapi menampilka­n kelainan pada penggayaan. Belilah cincin yang boleh menaikkan semangat anda. Ada orang sukakan cincin bertatah berlian kerana ia dikatakan dapat merangsang semangat untuk bekerja dengan lebih kuat. Apapun terpulang kepada kemampuan poket masingmasi­ng.

4. Mulakan dengan pilihan yang kecil

Bagi yang tidak biasa, mulakan dengan aksesori yang kecil supaya anda tidak berasa janggal sepanjang waktu bekerja. Apabila sudah biasa, barulah beralih kepada aksesori yang lebih besar dan unik.

5. Seimbang Keseimbang­an sangat penting khususnya bagi wanita yang memakai banyak aksesori pada satu masa. Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, pilih aksesori kecil tetapi menyerlah dan paling utama, ia perlu disesuaika­n dengan corak pakaian. Jika pakaian bercorak, satu aksesori sudah cukup untuk mengelakka­n anda kelihatan ‘sarat’. Bagi yang sukakan gaya minimalis, satu atau dua item sudah memadai.

 ??  ?? CANTIK dan memukau.
CANTIK dan memukau.
 ??  ?? AKSESORI pelengkap gaya.
AKSESORI pelengkap gaya.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia