Harian Metro

280,353 pelajar terima bantuan

-

Seramai 280,353 murid sekolah rendah di negeri ini bakal menerima bantuan pakaian seragam, kasut dan alat tulis, secara berperingk­at-peringkat mulai 8 Januari ini.

Ia akan disampaika­n menerusi program Pemberian Bantuan Persekolah­an Pakaian, Kasut dan Alat Tulis

Sekolah oleh Kerajaan Sabah.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, bantuan itu membabitka­n peruntukan RM12.1 juta dan diserahkan kepada murid di 1,071 sekolah rendah di negeri ini.

“Bantuan itu akan kita mulakan di sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai pada 8 Januari ini dan seterusnya DUN Sulaman pada 9 Januari. Ia diikuti di DUN Kiulu pada 18 Januari dan seterusnya ke beberapa kawasan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Penyelaras­an Pemberian Bantuan Persekolah­an Pakaian, Kasut dan Alat Tulis Sekolah di bangunan kementeria­nnya, di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Jainab berkata, menerusi inisiatif itu, semua murid menerima sepasang pakaian seragam dan kasut sekolah beserta buku dan alat tulis.

Sehubungan itu, beliau berharap, langkah itu dapat meringanka­n beban kos perbelanja­an ibu bapa untuk persiapan keperluan persekolah­an anak.

Sementara itu, Jainab berkata, pihaknya bercadang supaya bantuan sama bagi tahun 2019 diharapkan dapat diagihkan lebih awal iaitu pada penghujung tahun atau sebelum sesi persekolah­an bermula.

“Kita lakukan penambahba­ikan ini supaya dapat mengurangk­an perbelanja­an ibu bapa dalam persiapan persekolah­an anak.

“Ia juga supaya murid terbabit dapat menggunaka­n bantuan itu apabila sesi persekolah­an baru bermula,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap supaya pembekal untuk program itu tidak mengambil kesempatan dengan membekalka­n barangan yang tidak berkualiti dan tidak menepati spesifikas­i yang sudah ditetapkan.

 ??  ?? JAINAB (tengah) pada Sidang Media Penyelaras­an Pemberian Bantuan Persekolah­an, semalam.
JAINAB (tengah) pada Sidang Media Penyelaras­an Pemberian Bantuan Persekolah­an, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia