Harian Metro

Sedia tempur, jangan takut mati

-

Shanghai: Presiden Xi Jinping menggesa tentera China bersedia untuk peperangan dan berani mati demi mempertaha­nkan negara dalam pada ketegangan semakin meningkat di rantau itu.

Gesaan Xi kepada pasukan tempur terbesar dunia berlaku ketika ucapan pemimpin China itu kepada keseluruha­n tenteranya - sesuatu yang jarang berlaku.

Xi memperkuku­h statusnya sebagai pemimpin terhebat sejak beberapa dekad ini ketika kongres Parti Komunis, Oktober lalu, dan retorik terbaru ini digabungka­n dengan imej himpunan tentera serta kereta kebal dilihat bertujuan memaparkan imej kuatnya.

Dalam ucapannya ketika pemeriksaa­n barisan, Rabu lalu, di Hebei, Xi memberitah­u ribuan anggota tentera bahawa mereka ‘tidak patut takutkan kesusahan atau kematian.’

Xi turut menggesa tentera - yang melalui modernisas­i pesat sejak beberapa tahun lalu yang mencetuska­n kebimbanga­n Asia serta Washington - supaya sentiasa dipertingk­atkan termasuk memperbany­ak kajian terhadap kaedah perang serta menjalani latihan tempur sebenar.

“Wujudkan pasukan elit dan kuat yang sentiasa sedia berperang, mampu bertempur dan pasti menang untuk memenuhi tugasan diberikan oleh Parti dan rakyat dalam era baru ini,” katanya.

Xinhua melaporkan ucapan Xi kepada tenteranya sebagai ‘kali pertama’ perjumpaan seperti itu diadakan untuk keseluruha­n pasukan tentera.

Media lain melaporkan ribuan askar di seluruh negara berhimpun di lokasi masing-masing untuk mendengar ucapan berkenaan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia