Melissa jaguh karate
Isteri kepada bekas pemain antarabangsa Ghana, Kevin Prince Boateng memang tidak perlu diperkenalkan lagi, Melissa Satta yang lahir di Massachusetts, Amerika Syarikat bukan hanya menjadi personaliti televisyen di Itali malah pernah membintangi filem dan iklan.
Bagaimanapun, Melissa yang dibesarkan di Sardinia juga sama seperti suaminya mempunyai kehebatan dalam bidang sukan, bukannya hanya bermain bola sepak malah mampu beraksi cemerlang dalam sukan tempur karate.
Dia yang pernah tampil dalam majalah Maxim dan Sports Illustrated pada 2010, adalah jaguh karate di Sardinia, dengan berjaya meraih pingat gangsa di Kejohanan Karate Sardinia.
Melissa mengahwini Boateng pada Jun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Maddox Prince, juga berjaya memenangi emas di Kejohanan Karate Itali.
Sebagai seorang yang meminati sukan, Melissa juga sama seperti wanita lain di Itali apabila mencintai acara bola sepak dengan mewakili pasukan Sardinian Helena Quartu di Liga Divisyen Dua.
Kehidupan sebagai seorang atlet dan juga personaliti televisyen menyaksikan Melissa tidak terlepas dengan beberapa gosip termasuk mengenai kehidupannya dengan beberapa ahli sukan lain termasuk bekas penyerang antarabangsa Itali, Christian Vieri.
Pada 2011, Melissa juga pernah bertunang dengan seorang ahli perniagaan
Itali berusia 45 tahun iaitu Gianluca Vacchi dan tahun yang sama dia dikatakan mempunyai hubungan bersama pemain bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant.
Dia dikatakan memasuki hotel pada lewat malam dan meninggalkan tempat berkenaan awal pagi, malah isteri Bryant juga meminta penceraian di atas apa yang berlaku membabitkan suaminya itu.
Ketika ini Melissa dilihat sudah melupakan segala peristiwa hitamnya ketika di zaman remaja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya.
Baru-baru ini dia dan Boateng mendapat satu lagi khabar berita gembira apabila kedua-dua mereka bakal menimang cahaya mata kedua.
Kehadiran ahli keluarga baru itu dijangka mengukuhkan lagi percintaan antara Melissa dan Boateng seperti mana dengan kehadiran Maddox sebelum ini.
Maddox dikatakan punca utama mengapa mereka mengadakan resepsi perkahwinan walaupun sebelum ini Melissa merasakan majlis berkenaan tidak perlu diadakan.