Harian Metro

KEJAM! KEJAM! KEJAM!

 Mayat lelaki ditemui berbungkus kain kanvas diikat besi konkrit, bata di belakang, kaki

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Bukan hanya dibungkus dengan kain kanvas dan dililit dengan tali nilon malah mayat seorang lelaki berusia 30-an turut diikat dengan besi konkrit dan seketul bata di bahagian belakang dan kaki untuk menenggela­mkannya.

Itu yang berlaku terhadap mayat lelaki yang ditemui orang awam di tiang konkrit Jeti Barter Trade, Jalan Asa Niaga dekat sini, jam 8.15 pagi, semalam.

Identitiny­a belum dikenal pasti, tetapi polis percaya lelaki itu mati tiga hari lalu atau lebih 72 jam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul

Amar Ramli berkata, pemeriksaa­n forensik mendapati besi konkrit dan seketul bata diikat di bahagian belakang dan kaki mayat berkenaan.

Beliau berkata, siasatan pasukan forensik turut mendapati mayat itu tidak memakai baju, berseluar panjang, berkasut sarung kelabu tanpa jenama serta berstoking pendek.

“Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dan arus laut membawa mayat ke lokasi itu,” katanya.

Shamsul Amar berkata, ketika ditemui, mayat yang dibungkus dengan kain kanvas biru itu dililit dengan tali nilon.

Katanya, bahagian muka dan kedua-dua tangan mangsa terkeluar.

“Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam dan bedah siasat akan dijalankan jam 10 pagi esok (hari ini),” katanya.

Menurutnya, motif kejadian belum diketahui dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum arus laut membawa ke situ

 ??  ?? KEADAAN mayat lelaki yang ditemui diikat dan dibungkus dalam kain kanvas, semalam.
KEADAAN mayat lelaki yang ditemui diikat dan dibungkus dalam kain kanvas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia