Harian Metro

‘Tidak kisah walau berapa lama kami kena tunggu’

-

Kuala Lumpur: “Saya sudah penat diejek kerana tidak mempunyai identiti rasmi dengan penerangan JKM dan JPN ia membawa harapan besar kepada saya untuk mendapat kad pengenalan diri.

“Tidak mudah untuk kami melalui kehidupan tanpa identiti ini, hanya yang merasai memahami perasaan kami, diharap ini langkah permulaan yang baik,” kata penghuni Rumah Titian Kaseh (RTK) Nur Fatihah Azman, 14.

Dia yang mendakwa anak Orang Asli berkata, harapannya kini cuma satu, iaitu urusan penyediaan dokumen berkenaan berjalan lancar dan dapat meneruskan kehidupan seperti orang lain.

Katanya, sebelum ini dia beranggapa­n sudah tidak ada jalan keluar bagi mereka yang senasib dengannya kerana usaha untuk berbuat demikian seperti menemui jalan buntu.

Bagi rakannya, Syafiqah Abdullah, 11, tidak tergambar kegembiraa­n di hati apabila dimaklumka­n mereka akan diberikan dokumen pengenalan diri walaupun mengambil masa lama.

“Tidak kisah walau berapa lama kami kena tunggu, asalkan dapat dokumen pengenalan diri sudah buat kami gembira.

“Saya tahu penjaga rumah ini perlu melakukan banyak perkara untuk menyiapkan dokumen kami, sesungguhn­ya kami terhutang budi kepada mereka demi melihat masa depan kami terjamin,” katanya.

Dalam pada itu, pentadbir RTK Haslinda Dol Hamid atau lebih mesra dengan gelaran Mak Linda berkata, dia bersyukur semuanya dipermudah­kan dengan penerangan jelas daripada pegawai JKM dan JPN mengenai prosedur yang perlu dilakukan pihaknya.

“Impian saya untuk melihat anak ini mempunyai dokumen supaya dapat menikmati keistimewa­an yang ada dalam negara ini.

“Jika tidak, mahu bersekolah dan menerima rawatan di hospital kerajaan pun perlu bayaran, saya akan usahakan melengkapk­an prosedur sehingga mereka memperoleh dokumen ini,” katanya.

Menurutnya, kekangan dialami pihaknya adalah kewangan dan tidak begitu jelas apa prosedur perlu dilakukan untuk mendapatka­n pengenalan diri mereka.

“Kebanyakan mereka dirujuk pihak ketiga seperti hospital, badan bukan kerajaan (NGO) dan penjara hingga menyukarka­n kami menjejaki identiti sebenar mereka. Mohon usaha kami ini dipermudah­kan dan melihat sinar kegembiraa­n untuk mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia