Harian Metro

‘Sarjan Faiz’ direman kes cabul

-

Kuantan: Selepas 12 hari tempoh tahanan reman terhadapny­a di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub berakhir kelmarin, suspek menyamar ‘Sarjan Faiz’ direman lima hari di IPD Cameron Highlands untuk membantu siasatan kes cabul membabitka­n gadis bawah umur di daerah itu, tahun lalu.

Difahamkan, selepas tempoh reman terhadapny­a mengikut Seksyen 363 dan 170 Kanun Keseksaan kerana menculik serta menyamar sebagai penjawat awam di IPD Raub tamat, suspek berusia 32 tahun itu terus dibawa ke IPD Cameron Highlands, kelmarin.

Sebelum ini, suspek yang mempunyai lebih 10 rekod jenayah ditahan untuk siasatan kerana melarikan gadis berusia 17 tahun, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi dari rumahnya di Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, 27 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superinten­dan Hasadid A Hamid berkata, suspek berasal dari Taman Bukit Indah, Bentong direman untuk siasatan hingga 16 Januari ini mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul berusia 16 tahun.

“Siasatan berkaitan kes di Brinchang, Cameron Highlands tahun lalu. Lelaki terbabit disyaki suspek utama kejadian itu.

“Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar penjawat awam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub Superinten­dan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 363 dan 170 Kanun keseksaan selesai dan kertas siasatan dihantar kepada pihak berkaitan untuk tindakan seterusnya.

“Bagaimanap­un, kami masih menjalanka­n siasatan terhadap pembabitan­nya dalam satu kes penipuan di daerah ini tahun lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Selepas tamat tempoh reman di IPD Cameron Highlands, kami akan bawa dia ke sini (IPD Raub) semula,” katanya.

Difahamkan, selepas itu, suspek akan dibawa ke beberapa lagi IPD berikutan turut mempunyai kes di Terengganu, Johor dan Kuala Lumpur.

gadis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia