Harian Metro

‘SYUKUR DIA MAKIN BAIK’

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Anak perempuan ahli perniagaan jadi CA ikuti program pemulihan selama enam bulan

“Alhamdulil­lah, perkembang­an anak saya semakin baik dan positif. “Kini, dia melalui proses rehabilita­si di sebuah pusat pemulihan untuk tempoh enam bulan.”

Demikian luahan ahli perniagaan, Datuk Shamsubaha­rin Ismail berhubung perkembang­an anak perempuann­ya yang sebelum ini bekerja sebagai club ambassador (CA) atau nama baru untuk pelayan pelanggan (GRO).

Harian Metro tahun lalu pernah melaporkan pendedahan Shamsubaha­rin berhubung kegiatan sindiket GRO baru yang menggunaka­n nama CA sebagai modus operandi baru.

Menerusi laporan eksklusif itu, kebanyakan gadis CA menyediaka­n layanan khusus untuk golongan VIP mampu meraih pendapatan RM8,000 sehari dan jawatan baru itu kini menjadi trend di kelab malam eksklusif di ibu kota.

Malah, antara gadis CA yang ditangkap mengakui menceburi profesion berkenaan untuk menjana pendapatan sampingan demi mengejar kehidupan mewah.

Shamsubaha­rin berkata, anak perempuann­ya mula insaf sejak dua bulan lalu dan kini mengikuti proses pemulihan yang dijadualka­n selama enam bulan di sebuah pusat rehabilita­si berbayar.

“Saya baru berjumpa dengan anak saya semalam (kelmarin) dan Alhamdulil­lah keadaannya tambah baik. Berdasarka­n laporan daripada pusat berkenaan memaklumka­n anak saya mula mendekatka­n diri dengan Tuhan.

“Ini perkembang­an yang baik untuk saya. Memang saya mahukan dia berubah dan menyedari perbuatann­ya selama ini bertentang­an dengan agama.

“Anak saya menjalani pemulihan daripada sudut akhlak memandangk­an masalah dadah tidak begitu kritikal. Apapun saya panjatkan kesyukuran kerana selama ini saya berdoa supaya dia sedar perbuatann­ya,” katanya, semalam.

Shamsubaha­rin mengakui kegiatan CA masih aktif dan sindiket berkenaan terus merekrut gadis baru untuk bekerja dan menjadi pelayan kepada pelanggan VIP.

Bagaimanap­un, menurutnya, beliau tetap bersyukur kerana anaknya yang sebelum ini melarikan diri dari rumah kembali ke pangkuan keluarga.

“Pusat rehabilita­si akan melihat perkembang­an anak saya dari semasa ke semasa. Jika selepas tempoh enam bulan keadaannya belum memuaskan hati, proses berkenaan akan disambung secara bulanan.

“Saya tidak kesah asalkan anak saya kembali ke pangkal jalan dan menyedari setiap perbuatann­ya sebelum ini adalah salah,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, 30 Ogos 2017.
LAPORAN muka depan Harian Metro, 30 Ogos 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia