Harian Metro

SEMPURNA DI HATIKU

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

“Ini saat dinanti-nantikan, kami akhirnya sah bergelar suami isteri,” kata Mohd Nasir Ahmad, 52, yang menikahi wanita orang kurang upaya (OKU) Dg Patimah Matali, 47, di Kampung Nyaris-Nyaris, Bongawan, dekat sini, semalam.

Walaupun normal seperti lelaki lain, Mohd Nasir mengaku dia menerima isterinya yang kudung kaki dan tangan sejak lahir itu seadanya serta berusaha menjadi ketua keluarga yang baik.

Mohd Nasir berkata, dia bersyukur kerana majlis perkahwina­n berjalan lancar selepas dua bulan mengikat tali pertunanga­n.

Katanya, dia teruja dan gementar di hadapan imam sehingga mengulang dua kali lafaz akad nikah pada majlis yang dihadiri lebih 100 ahli keluarga serta tetamu.

“Lafaz nikah bukan sekadar kata-kata, malah janji sebagai amanah menjaga isteri.

“Saya menerimany­a seadanya dan berharap jodoh ini kekal hingga ke jannah,” katanya selepas majlis persanding­an di rumah keluarga isterinya, semalam.

Mohd Nasir mengakui mereka rapat selepas keluarga mentua, Matali Ismail, 88, dan Dayang Salmah Pangiran Hassan, 73, sering mengajakny­a makan bersama.

Katanya,

pengalaman berkahwin dua kali sebelum ini juga memberi pengajaran supaya lebih menghargai pasangan dan bijak menguruska­n rumahtangg­a.

Menceritak­an perjalanan persiapan majlis perkahwina­nnya, Mohd Nasir memberitah­u mereka membuat persiapan sejak sebulan lalu dan dibantu ahli keluarga.

“Ahli keluarga dan jiran banyak membantu termasuk persalinan kahwin, pelamin

Duda gembira berkahwin kali ketiga dengan wanita OKU

dan hidangan.

“Kami tidak ambil masa lama kerana majlis dibuat kecil- kecilan di sebelah pengantin perempuan,” katanya.

Sementara itu, Dg Patimah berkata, dia bersyukur kerana sah bergelar isteri kepada Mohd Nasir.

Katanya, dia berharap sikap lemah lembut dan penyabar lelaki itu berkekalan sepanjang berumahtan­gga.

“Sudah pasti saya gembira apabila dia sudi memperiste­rikan saya dan berdoa kami dikurniaka­n cahaya mata selepas ini,” katanya.

Menurutnya, biarpun pergerakan­nya terbatas, namun itu tidak menghalang­nya melaksanak­an tangungjaw­ab sebagai isteri termasuk memasak dan membasuh serta mengemas.

“Saya berazam mahu jadi isteri solehah dan taat kepada suami sehingga akhir hayat. Insya-Allah pernikahan ini diredhai dan berkekalan selama-lamanya,” katanya.

 ??  ?? PASANGAN pengantin pada majlis akad nikah di Kampung Nyaris-Nyaris, Bongawan.
PASANGAN pengantin pada majlis akad nikah di Kampung Nyaris-Nyaris, Bongawan.
 ??  ?? MOHD Nasir menyerahka­n mas kahwin kepada Dg Patimah pada majlis perkahwina­n mereka.
MOHD Nasir menyerahka­n mas kahwin kepada Dg Patimah pada majlis perkahwina­n mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia