Harian Metro

USTAZ MURTADZA MENINGGAL

- Wan Asrudi Wan Hasan wanasr@hmetro.com.my

Pendakwah bebas, Mohd Murtadza Mohd Yussof, 30, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi pada paru-paru di Hospital Taiping jam 12.30 tengah hari semalam.

Mohd Murtadza atau dikenali Ustaz Murtadza meninggal dunia disisi keluarga terdekatny­a selepas dimasukkan ke hospital berkenaan pada 3 Januari lalu.

Adik kepada Ustaz Murtadza, Mohamad Yaakub Yusra, 27, berkata, abangnya berada dalam keadaan koma selama 10 hari selepas terbabit dalam kemalangan itu.

Katanya, doktor memaklumka­n Ustaz Murtadza yang parah berdepan jangkitan kuman sehingga mengakibat­kan komplikasi pada paru-paru.

“Saya mohon kepada semua supaya dipermudah­kan urusan dan semoga berdoa beliau ditempatka­n bersama-sama orang soleh,” katanya.

Menurutnya, jenazah dibawa balik ke Kampung Bakar Kapur dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Masjid Penghulu Him, Sungai Petani, Kedah.

Allahyarha­m Mohd Murtadza meninggalk­an seorang balu Nurulana Shafie, 30 dan dua anak lelaki, Abdul Rahmat, 4, serta Abdullah Faqih, 2.

Dalam kemalangan itu, Mohd Murtadza yang memandu kenderaan dan penumpang depan, Mohamad Wadi Annuar Ayub parah pada anggota badan manakala rakannya, Muhd Hambali Zulkifli, 28 serta bapa kepada Mohd Murtadza iaitu Mohd Yussof Ahmad, 62, kedua-duanya penumpang belakang turut cedera.

Difahamkan keadaan kecederaan Ustaz Wadi dilaporkan bertambah baik dan menjalani rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh manakala dua penumpang hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia