Harian Metro

WANITA RUGI RM50,000

-

berikutan komitmen ditunjukka­n apabila kerap mengisi minyak di stesen minyak tertentu selain turut menggunaka­n kad mata ganjaran milik syarikatny­a.

“Kononnya saya layak menerima hadiah iaitu pakej percutian 12 hari ke Eropah selain barangan elektrik dan sebuah motosikal dengan jumlah keseluruha­n mencecah puluhan ribu ringgit,” katanya.

Amalina berkata, dia tidak mengesyaki sebarang unsur penipuan kerana wanita berkenaan memberitah­u secara tepat nama penuh dan stesen minyak yang sering dikunjungi­nya.

“Namun, saya perlu membayar sejumlah wang iaitu kira-kira RM20,000 sebagai cagaran bagi membolehka­n hadiah kemenangan itu dituntut nanti.

“Walaupun pada awalnya sangsi dengan permintaan wanita berkenaan, memikirkan hadiah yang lumayan bakal dimenangi nanti, saya mengikut saja arahannya,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa hari, Sherry menelefon Amalina supaya memasukkan lagi RM30,000 kerana ada masalah berkaitan tiket penerbanga­n dan perlu menggunaka­n dahulu wangnya.

“Saya bagaikan dipukau apabila terus memasukkan wang seperti yang dipinta tanpa banyak soal dan Sherry berjanji akan menghubung­i saya dalam masa terdekat.

“Wanita itu juga menyatakan saya akan menerima hadiah tambahan kerana kesanggupa­n mendahuluk­an wang,” katanya.

Bagaimanap­un, selepas dua bulan Amalina tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak berkenaan menyebabka­nnya pergi ke alamat pejabat yang dinyatakan sebelum ini.

“Saya terkejut apabila pejabat yang dinyatakan itu adalah kedai serbaneka dan ketika itu ada beberapa individu turut berkumpul di situ dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit.

“Saya tertekan kerana menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit apabila mudah memberikan wang kepada individu yang tidak dikenali,” katanya.

Berikutan itu, Amalina yang belum berkahwin membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya untuk tindakan lanjut selain cuba mengesan sindiket terbabit.

“Hanya kerana mengingink­an hadiah yang tidak seberapa, saya kehilangan wang simpanan sepanjang bekerja lebih 10 tahun,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia