Harian Metro

ELAK KEMALANGAN KREN

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Kontraktor perlu tingkat tahap keselamata­n tapak pembinaan

Sikap kontraktor yang kurang mementingk­an aspek keselamata­n di tapak pembinaan didapati antara punca kerap berlaku kemalangan.

Meskipun tindakan penguatkua­saan mencukupi, setiap tahun pasti berlaku kes kemalangan yang mana aspek kawalan keselamata­n di tapak binaan masih lagi berada pada tahap lemah.

Ada saja kes membabitka­n kemalangan pekerja di tapak binaan termasuk kes kren tumbang sehingga mengorbank­an nyawa.

Kejadian itu tidak saja meragut nyawa pekerja, malah mengancam orang awam yang mana pada 2016, seorang wanita di ibu negara maut selepas kereta yang dipandunya tiba-tiba dihempap penyangkut kren yang terjatuh.

Malah, dilaporkan juga kes suami isteri maut apabila kereta mereka dihempap jentera penanam cerucuk yang tumbang ketika melalui kawasan pembinaan di Bandar Baru Bukit Raja, Klang.

Terbaru, berlaku lagi kejadian kren tumbang di sebuah tapak binaan di Seksyen 7, Shah Alam yang mengorbank­an seorang pekerja warga Indonesia.

Untuk mengurangk­an kemalangan ini, majikan perlu sentiasa menitikber­atkan amalan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tempat kerja.

Mereka perlu mengambil langkah lebih ketat dan tegas terhadap penyelia keselamata­n serta jurutera yang melakukan pengawasan keselamata­n dan menggalakk­an tatakerja selamat di tapak pembinaan.

Menerusi tinjauan Suara Maya dalam web myMetro membabitka­n kes kemalangan di tapak binaan yang bertajuk #Apakah langkah utama boleh dilakukan pihak berkaitan dalam mengurangk­an kemalangan di tapak binaan? sebanyak 44 peratus responden menggesa pihak berkuasa supaya melakukan operasi keselamata­n secara berkala di tapak binaan dalam memastikan sebagai cara mendidik syarikat mematuhi piawaian kerja pembinaan seperti ditetapkan.

Pada masa sama, 34 peratus responden mahukan syarikat dan kontraktor di tapak binaan supaya memperting­katkan prosedur keselamata­n kepada semua pekerja sebagai langkah terbaik mengurangk­an kadar kemalangan di tapak binaan.

Manakala, 15 peratus responden bersetuju untuk menggalakk­an tatakerja selamat dalam kalangan pekerja dengan memastikan hanya pengendali kren bertauliah saja diambil untuk melakukan kerja pembinaan.

Selain itu, 7 peratus responden pula mahukan syarikat di tapak binaan supaya sentiasa memeriksa keadaan peralatan dan jentera berat mereka berada dalam keadaan baik bagi memastikan ia selamat digunakan untuk pekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia